What is SCORE

  1. Pengenalan Tentang Sistem OSC 3.0 Plus Online
    Sistem OSC 3.0 Plus Online adalah satu sistem yang dibangunkan bertujuan membantu pihak Principal Submitting Person (PSP)/ Submitting Person (SP) untuk mengemukakan permohonan pelan pemajuan secara atas talian, membuat bayaran secara atas talian (online), membolehkan Agensi Teknikal mengulas permohonan secara maya dan seterusnya keputusan diperolehi melalui sistem ini.
    Sistem ini turut dilengkapi dengan fungsi tracking status permohonan dan Command, Control, Communications, Computers, and Intelligence (C4I).
    Sistem OSC 3.0 Plus Online telah dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama strategik bersama pihak Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Perbadanan Putrajaya (PPj).
  2. Capaian Sistem OSC 3.0 Plus Online
    Sistem OSC 3.0 Plus Online boleh dicapai melalui pautan: https://osc3plus.kpkt.gov.my/
  3. Pengguna untuk Sistem OSC 3.0 Plus Online
    1. Pemohon (PSP/SP)
    2. Kakitangan OSC
    3. Koordinator
    4. Agensi Teknikal Dalaman (ATD)
    5. Agensi Teknikal Luaran (ATL)
  4. Manfaat Penggunaan Sistem 3.0 Plus Online
    1. Operasi perkhidmatan secara 24 jam tanpa henti;
    2. Pusat Pemantauan prestasi PBT, Agensi Teknikal Luaran (ATL) dan Pemohon melalui C4I;
    3. Kecekapan Koordinasi antara PBT, ATL dan Pemohon;
    4. Paperless dan hapus edaran hardcopy;
    5. Minimakan transaksi in-person;
    6. Merekod transaksi pengguna (users) secara digital; dan
    7. Pantau status permohonan secara real time.
  5. Jangkamasa Kelulusan Permohonan Melalui Sistem 3.0 Online Plus

    Sebelum

    (Sistem OSC 3 Online)

    Jenis Permohonan

    Selepas

    (Sistem OSC 3.0 Plus Online)

    34 – 104 hari

    Skala Kecil

    30 – 48 hari

    107 – 255 hari

    Skala Sederhana

    57 – 99 hari

    363 – 1,378 hari

    Skala Besar

    min. 300 hari

  6. Kelebihan Sistem OSC 3.0 Plus Online untuk pemohon berbanding Sistem OSC Online sedia ada
    1. Pendaftaran pemohon hanya dilakukan sekali sahaja dan pemohon boleh mengemukakan permohonan di mana-mana PBT yang disenaraikan berbanding Sistem OSC Online sedia ada yang mengkehendaki pihak pemohon mendaftar di setiap PBT;
    2. Sistem OSC 3.0 Plus Online mempunyai fungsi simpanan setiap aktiviti yang dilakukan oleh PSP/SP, kakitangan OSC, ATD, ATL dan keputusan;
    3. Sistem OSC 3.0 Plus Online menyediakan pembayaran secara atas talian dan di kaunter.
  7. Senarai PBT Perintis Yang Telah Melaksanakan Sistem OSC 3.0 Plus Online 
    Sistem yang telah selesai dibangunkan pada bulan Julai 2019 ini telah digunapakai oleh 10  PBT rintis seperti berikut:
    1. Majlis Bandaraya Ipoh;
    2. Majlis Bandaraya Seberang Prai;
    3. Majlis Bandaraya Alor Setar;
    4. Majlis Perbandaran Subang Jaya;
    5. Majlis Perbandaran Kajang;
    6. Majlis Perbandaran Kuantan;
    7. Majlis Perbandaran Batu Pahat;
    8. Majlis Perbandaran Nilai;
    9. Majlis Perbandaran Dungun; dan
    10. Majlis Daerah Rembau.