SCORE guideline

Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) yang di perkenalkan dan dibangunkan oleh CIDB Malaysia merupakan satu program khusus dengan kerjasama SME Corp.

SCORE dibangunkan bagi mengukur keupayaan dan kemampuan kontraktor tempatan dan asing di Malaysia bagi mempertingkatkan imej industri pembinaan selaras dengan Program Transfomasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 iaitu meningkatkan kualiti, keselamatan dan professionalisme industri pembinaan.

SCORE-CIDB dilaksanakan kepada kontraktor Gred G2 – G7 menerusi analisa terhadap jawapan-jawapan yang diberikan oleh kontraktor terhadap 7 parameter yang ditetapkan seperti berikut :

  1. Prestasi Perniagaan
  2. Keupayaan Kewangan
  3. Keupayaan Teknikal
  4. Pengurusan Projek
  5. Pengurusan Perolehan
  6. Amalan Terbaik
  7. Keupayaan Pengurusan

Maklumat lanjut berkenaan SCORE rujuk Garis Panduan SCORE.