Soalan Lazim


Untuk mengimport mana-mana bahan binaan, pengimport perlu mendapatkan sijil pengesahan (Certificate of Approval) dari CIDB Malaysia yang mana hanya akan dikeluarkan ke atas produk-produk bahan import yang dinamakan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 1998 Pindaan 2003/2004.

Berikut adalah syarat-syarat untuk mendapatkan COA daripada CIDB bagi mengimport produk binaan:-

  • Produk yang dibawa masuk mestilah mematuhi keperluan piawaian Malaysia Standard (MS) yang berkaitan contohnya untuk produk seramik MS 1061, MS ISO 13006, MS 147, MS 552 dan MS 795.
  • Pemeriksaan Bahan Binaan di pintu masuk import (verifikasi di pelabuhan) oleh pegawai CIDB.

Sistem Binaan Berindustri (IBS) juga dikenali sebagai pembinaan pasang siap : sistem pembinaan di mana komponen diperbuat di kilang, di tapak atau di luar tapak, diangkut dan kemudian dipasang menjadi sebuah struktur dengan kerja yang minimum. Lima jenis IBS yang biasa digunakan di Malaysia adalah :

  • sistem kerangka panel dan kekotak konkrit pratuang
  • sistem kerangka keluli
  • sistem kerangka kayu pra-siap
  • sistem acuan keluli
  • sistem blok pratuang

Manfaat utama yang diperolehi melalui penggunaan sistem ini adalah seperti berikut :

  • Produk yang berkualiti tinggi dan pembaziran yang minimum kerana persekitaran kerja di kilang lebih mudah dikawal.
  • Penghapusan acuan kayu konvensional dan pengurangan ketara penggunaan penyangga melalui penggunaan elemen pasang siap atau sistem acuan bagi proses tuangan di tapak.
  • Platform kerja yang teguh dan selamat dihasil melalui elemen pasang siap.
  • Penyiapan yang lebih cepat berikutan pengenalan komponen yang menggantikan pembinaan in-situ.
  • Tapak pembinaan lebih teratur, bersih dan selamat berikutan pengurangan sampah binaan, pekerja dan bahan binaan ditajak.
  • Jumlah kos pembinaan yang lebih rendah berikutan manfaat yang dicapai daripada faktor-faktor di atas.

Kordinasi Modular atau MC adalah sebuah sistem dimensi. Ia merupakan konsep koordinasi dimensi dan ruang di mana bangunan dan komponen diletakkan kedudukannya berasaskan kepada unit atau modul asas dikenali sebagai ‘1M' yang bersamaan dengan 100mm. Penggunaan MC adalah satu faktor penting dalam aplikasi IBS secara berkesan kerana ia melengkapkan pengindustrian melalui pempiawaian dan peningkatan produktiviti.

MS bagi MC dipanggil MS 1064 (Panduan kepada Koordinasi Modular dalam Bangunan). Ia mengandungi 10 bahagian dan berasaskan kepada standard ISO yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Anda boleh membelinya daripada SIRIM Berhad, ejen yang dilantik oleh Jabatan Standard Malaysia (DSM) untuk membangun, mengedar dan menjual Standard Malaysia.

Ya, kami mempunyai sesi latihan secara kerap untuk rekabentuk konkrit pratuang serta MC. Kami juga merancang untuk memulakan kursus rekabentuk keluli. Sila hubungi kami melalui e-mel di ibs@cidb.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini.

Projek perumahan dengan kandungan IBS (IBS Score) yang minimum iaitu sebanyak 50% akan diberi pengecualian oleh CIDB daripada membayar levi. Panduan bagi pengiraan IBS Score disediakan dalam penerbitan; Manual for IBS Content Scoring System (IBS Score). Sila hubungi Unit Levi di talian 03-26170200 bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai permintaan untuk mendapatkan pengecualian levi.

Kami menawarkan pelbagai jenis penerbitan mengenai IBS dan MC. Ini termasuk Standard Industri Pembinaan, catalog produk, manual dan prosiding. Anda boleh membelinya dari semua Pejabat CIDB Negeri, Wilayah atau mendapatkan terus dari kaunter di tingkat 7, Ibu Pejabat CIDB di Kuala Lumpur. Beberapa penerbitan lain juga tersedia untuk dimuat turun secara percuma daripada laman web kami di www.cidb.gov.my

Program Kad Hijau ialah program keselamatan yang mewajibkan semua personel binaan menjalani ’Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan’ selama sehari.  Peserta kursus akan didaftarkan dengan CIDB dan diberikan Kad Hijau. Disamping itu peserta juga akan dibekalkan buku panduan keselamatan serta perlindungan Takaful secara percuma. 

Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak bina. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak binaan. Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.

Pemohon mestilah mematuhi perkara berikut :

  • terdiri dari individu yang bekerja di tapak binaan.
  • mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
  • berumur tidak kurang dari 16 tahun

Pemohon mestilah mengisi ’Borang UPP1’ dengan lengkap dan lampirkan dokumen sokongan serta bayaran yang diperlukan. Borang boleh dicetak melalui laman web http://www.cidb.gov.my. Hantar permohonan ke pejabat CIDB terdekat.

Pihak CIDB seterusnya akan mengatur ’Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan bagi Personel Binaan’ selama satu hari untuk setiap pemohon. Kad Hijau akan diserahkan selepas pemohon menghadiri kursus ini.

Pembaharuan kad hijau boleh dibuat secara datang sendiri ke pejabat CIDB terdekat atau melalui pos. Pemohon perlu mengisi Borang UPP1 dan lampirkan gambar, salinan kad pengenalan/pasport dan permit serta bayaran yang diperlukan.

Bagi permohon yang berurusan di kaunter, kad baru akan diproses terus semasa pemohon berurusan dikaunter. Permohonan yang dibuat oleh wakil akan diproses terus hanya jika jumlah permohonan yang dikemukakan kurang dari lima. 

Jika pemohon memilih untuk berurusan melalui pos, bayaran hendaklah dibuat melalui wang pos/bank deraf/cek bank atas nama ’Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia’. CIDB akan menghantar kad baru melalui pos.

Jika Kad Hijau yang hilang masih sah laku, anda boleh mendapatkan kad gantian dengan mengemukakan kepada CIDB perkara-perkara berikut:

  •  Gambar berwarna terbaru berukuran gambar kad pengenalan
  • Salinan kad pengenalan/salinan paspot dan permit kerja
  • Bayaran denda RM 20.00

Jika  Kad Hijau yang hilang telah tamat tempoh sahlaku, prosidur untuk mendapatkan kad adalah sama seperti prosedur membuat pembaharuan.

Sila lawat ke laman web kami di www.cidb.gov.my. klik <maklumat> klik <penerbitan>. Bahan-bahan penerbitan ini boleh di beli di Kedai Koperasi CIDB Kuala Lumpur sahaja atau hubungi no. 03-2617 0373.

 

Anda boleh mendapatkan ‘directory’ kontraktor di semua Kedai Koperasi CIDB, pada harga RM30.00 sebuah.

CIDB represents the construction community in order to support the MITI. MITI is considered as a government body representing Malaysia for this region. The role of CIDB is to promote, stimulate and assist in the export of services related to the construction industry.

Pekerja Mahir adalah personel yang dapat melaksanakan kerjanya berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan mengikut keperluan dan kehendak industri negara yang telah menjalani ujian akreditasi yang ditetapkan.  Setelah  berjaya diakreditasikan (lulus ujian kemahiran secara praktikal), barulah CIDB memperakuinya sebagai pekerja mahir dengan mengeluarkan ‘Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB mengikut tred pekerjaan.

Bagi pekerja separuh mahir, selagi personal tidak menjalani ujian akreditasi, CIDB tidak memperakuinya sebagai pekerja mahir walaupun ada pihak lain atau dia sendiri menyatakan dirinya adalah pekerja mahir dan berpengalaman.  Akreditasi pekerja mahir dilaksanakan kerana mengikut  fungsi CIDB Akta 250 Seksyen 4(1)K.

Industri pembinaan merupakan salah satu industri utama dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara dan memainkan peranan penting memenuhi hasrat Kerajaan merealisasikan Wawasan 2020. Ianya merupakan industri yang sangat kompetitif dan membabitkan penggunaan tenaga kerja yang ramai.

Sejajar dengan fungsi CIDB dalam Akta 520 iaitu meakreditasikan dan memperakui pekerja-pekerja binaan mahir, CIDB telah mengorak langkah untuk mengakredit atau memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir sektor binaan yang lulus ujian kecekapan kemahiran. Pekerja mahir yang lulus ujian akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB (SKK) bagi pekerja tempatan atau Perakuan Kemahiran Pekerja Asing (PKPA) bagi pekerja asing. Ia adalah sejajar dengan Surat Pekeliling Bil. 1/2006 Perlaksanaan Akreditasi/Ujian Kemahiran Terhadap Pekerja Mahir Tempatan dan Asing Binaan. Adalah menjadi matlamat CIDB kelak hanya pekerja yang mempunyai sijil/perakuan tersebut layak melaksanakan kerja-kerja yang memerlukan kemahiran di tapak bina.

  • Mengisi borang permohonan UAP 1A/2006
  • Membayar yuran yang ditetapkan
  • Mempunyai pas lawatan (kerja sementara) yang sah dan di dalam bidang pembinaan sahaja.
  • Bebas dari kesalahan jenayah atau apa-apa kesalahan perundangan Malaysia
  • Membuat permohonan tidak lewat daripada 3 bulan sebelum tarikh tamat lanjutan pas lawatan (kerja sementara). CIDB berhak menolak permohonan yang dikemukakan kurang dari tempoh tersebut atau mengenakan penalti sebanyak RM200.00
  • Pemohon perlu mempunyai Kad Hijau yang masih sah tempoh lakunya/telah mengemukakan permohonan Kad Hijau
  • Tred ujian yang telah dipohon tidak boleh ditukar kepada tred lain.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan surat daripada majikan (kontraktor)
  • CIDB tidak akan memproses permohonan dari pekerja asing yang telah bertukar majikan tanpa mendapat kelulusan untuk pindah ke majikan baru dari Jabatan Imigresen terlebih dahulu.
  • Warganegara Malaysia dan bekerja dalam sektor binaan
  • Mengisi borang permohonan UAP 1/2006
  • Membayar yuran proses yang ditetapkan
  • Mempunyai Kad Hijau yang masih sah tempoh laku
  • Mengisi Borang UAP 1/2006 dengan lengkap dan hantar ke mana-mana pejabat CIDB beserta perkara-perkara berikut:
  • Satu salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh majikan/CIDB
  • Satu keping gambar warna bersaiz kad pengenalan
  • Yuran proses sebanyak RM20.00 bagi setiap tred
  • Yuran akreditasi mengikut tred (bagi pekerja tempatan pemegang kad hijau CIDB yang sah tempoh : yuran akreditasi akan dibiayai oleh CIDB untuk tred pertama permohonan)
  • Pemohon akan dimaklumkan tarikh dan tempat menduduki ujian akreditasi.
  • Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) CIDB akan dikeluarkan kepada pekerja binaan tempatan yang lulus ujian.

a) Isi Borang UAP 1A/2006 dengan lengkap dan hantar ke mana-mana pejabat CIDB beserta perkara-perkara berikut:

i) Permohonan oleh Pekerja Asing

  • Surat permohonan daripada pemilik syarikat
  • Pasport asal dan satu salinan disahkan oleh pesuruhjaya sumpah/CIDB
  • Satu salinan pas lawatan (kerja sementara) yang disahkan oleh majikan
  • Satu salinan Kad Hijau CIDB
  • Satu keping gambar warna saiz kad pengenalan
  • Yuran proses sebanyak RM20.00 bagi setiap tred
  • Yuran akreditasi mengikut tred

ii)  Permohonan oleh Penduduk tetap

  • Satu salinan kad pengenalan yang disahkan oleh pesuruhjaya sumpah/CIDB
  • Satu keping gambar warna saiz kad pengenalan
  • Yuran proses sebanyak RM20.00 bagi setiap tred
  • Yuran akreditasi mengikut tred

b) Pemohon akan dimaklumkan tarikh dan tempat memduduki ujian akreditasi.

c) Perakuan Kemahiran Pekerja Asing Binaan (PKPA) CIDB akan dikeluarkan kepada pekerja binaan asing yang lulus ujian dan mempunyai Kad Hijau yang masih sah tempoh laku.

d)  Pemohon yang tinggal di Malaysia melebihi tempoh 5 tahun dan gagal memperolehi PKPA perlu pulang ke negara asal manakala bagi pemohon yang kurang dari tempoh tersebut tidak dibenarkan melaksanakan kerja-kerja mahir.

e) CIDB berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau meragukan.

Hanya pemohon atau wakil syarikat berkenaan sahaja dibenarkan untuk mengambil SKK/PKPA CIDB. Sijil boleh diambil di pejabat CIDB dengan membawa :

  1. Surat makluman keputusan ujian
  2. Jika pengambil sijil adalah wakil syarikat, beliau juga perlu membawa "Surat Pemberian Kuasa'. Surat tersebut mestilah:
  • Menyatakan nama penuh dan nombor kad pengenalan wakil syarikat
  • Menggunakan ‘Letter Head' syarikat yang asal yang ditandatangani oleh pemilik syarikat (salinan photostat tidak diterima)
  •  Mengandungi Nama dan No.Kad Pengenalan/Pasport pekerja yang menduduki ujian.

Pekerja yang memohon adalah diminta menunjukkan bukti dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut sewaktu memohon SKK/PKPA ;

  1.  Membuat laporan polis tentang kehilangan sijil
  2. Mengemukakan surat permohonan kepada CIDB
  3. Membuat satu salinan Kad Pengenalan/Pasport yang mengandungi pas lawatan kerja yang sah
  4. Membuat satu salinan Kad Pengenalan (penduduk tetap)
  5. Bayaran proses sebanyak RM20.00
  6. Bagi penggantian sijil kali kedua dan seterusnya, bayaran sebanyak RM100.00 akan dikenakan.

Sekiranya dokumen-dokumen di atas adalah salinan, ianya hendaklah diakui sah oleh Pegawai CIDB.

Untuk mendaftar sebagai kontraktor dengan CIDB anda boleh mendapatkan maklumat tersebut dengan melayari laman web kami di www.cidb.gov.my atau melalui buku panduan Keperluan dan Prosidur Pendaftaran Kontraktor pada harga RM5.00 dan Borang Permohonan Pendaftaran (R1) juga berharga RM5.00 yang boleh diperolehi dari mana mana pejabat CIDB.

Mereka yang terlibat dengan kerja pembinaan. Untuk itu maksud kerja pembinaan ialah `Pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan atau perobohan ;- 

  1.  mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, tembok, pagar atau cerobong, samada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi.
  2. Mana-mana jalan, kerja-kerja pelabuhan, landasan keretapi, laluan atau talian kabel, terusan atau padang terbang.
  3. Apa-apa kerja saliran, pengairan atau kawalan sungai
  4. Apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi atau
  5. Mana-mana jambatan, jejambat, empangan, reservoir, kerja tanah, talian paip, pembentung, akueduk, pemacu, syaf, terowong atau kerja penebusgunaan.

Dan termasuk apa-apa kerja yang menjadi bahagian yang penting, atau adalah persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dari perenggan a) hingga e) di atas termasuk pembersihan tapak, penyiasatan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, meletakkan batu asas, pemulihan tapak dan kerja lanskap.

Ada beberapa keperluan pendaftaran yang perlu dikemukakan untuk berdaftar dengan CIDB:-

  1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  2. Pengalaman
    • Pengalaman syarikat/firma atau pegawai teknikal utama dalam bidang pembinaan.
    • Kontrak utama/kontrak dinamakan dilaksanakan dengan bukti.
    • Subkontrak dilaksanakan dengan bukti.
  3. Keupayaan Kewangan
    • Keupayaan kewangan syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Syarikat (R.O.C) dinilai berdasarkan Modal Berbayar Syarikat.
    • Syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan (R.O.B) samada Firma Milik Tunggal atau Perkongsian , keupayaan kewangan dinilai berdasarkan Modal Terkumpul yang perlu diperolehi samada dari salah satu atau semua yang berikut:
      • Salinan penyata bank akaun semasa bagi 3 bulan terkini.
      • Salinan baki terkini dari buku akaun simpanan.
      • Salinan penyata simpanan tetap yang masih dalam tempoh sah laku dan tidak dicagarkan.
      • Surat pengesahan dari bank berhubung dengan kemudahan overdraf, jika ada.
      • Saham ASB.
  4. Sumber Kakitangan
    • Kakitangan tempatan sepenuh masa bagi menjalankan kerja-kerja selaras dengan gred dan kategori pendaftaran (dengan kelayakan yang diiktiraf dan penyata KWSP yang berkaitan).

Untuk menentukan kelayakan bagi gred yang dipohon, pemohon perlu memenuhi kriteria kewangan dan teknikal seperti jadual di bawah :

Kriteria Pendaftaran Kontraktor 

Gred

Keupayaan Menender/

Menjalankan Kerja

Modal Berbayar Syarikat*/

Modal Terkumpul **

(RM)

Kelulusan Individu/

Teknikal #

Yuran Pendaftaran

1 Tahun

(RM)

Fee Proses

(RM)

G7

Tiada had

750,000.00

1 kumpulan A dan 1 kumpulan B

(kedua-dua min 5 tahun pengalaman)

atau 2 kumpulan A (salah seorang min. 5 tahun pengalaman)

1,400.00

50.00

G6

Tidak melebihi 10 juta

500,000.00

1 kumpulan A dan 1 kumpulan B

(salah seorang min. 3 tahun pengalaman)

1,000.00

G5

Tidak melebihi 5 juta

250,000.00

1 kumpulan A atau

1 kumpulan B (pengalaman 5 tahun)

700.00

G4

Tidak melebihi 3 juta

150,000.00

1 kumpulan B

350.00

G3

Tidak melebihi 1 Juta

50,000.00

Sijil kursus Berkaitan Dalam Bidang Pembinaan/ pengalaman

150.00

G2

Tidak melebihi 500,000.00

25,000.00

Sijil kursus Berkaitan Dalam Bidang Pembinaan/ pengalaman

80.00

G1

Tidak melebihi 200,000.00

5,000.00

Sijil kursus Berkaitan Dalam Bidang Pembinaan/ pengalaman

20.00

 
Nota :

*  Modal Berbayar       (bagi syarikat Sdn. Bhd. Atau Syarikat Berhad)

**  Modal Terkumpul (bagi firma pemilik tunggal/perkongsian)Penyata Akaun Semasa Bank         (3 bulan terkini)/ Baki Terkini Dari Buku Akaun Simpanan / Kemudahan Overdraf / Penyata Simpanan Tetap yang tidak dicagar / Saham ASB /Sijil Simpanan Premium.

#  Kumpulan A - Pemegang Ijazah dalam bidang pembinaan /  yang berkaitan dengan pembinaan

Kumpulan B - Pemegang Diploma dalam bidang Pembinaan /yang berkaitan dengan pembinaan atau Pemegang Ijazah yang berpengalaman dalam bidang pembinaan.

Nota : 

Perakuan pendaftaran hendaklah diperbaharui sekurang-kurangnya 60 hari sebelum tamat tempohlaku pendaftaran dengan menggunakan borang R4/96 Pin. 1/99. Semua permohonan pendaftaran mestilah disertakan dengan dokumen sokongan yang berkaitan (sila rujuk Senarai Semakan bagi dokumen sokongan yang disertakan bersama borang R4/96 Pin. 1/99).

Jika permohonan diterima/dibuat di CIDB kurang dari 30 hari sebelum tamat tempohlaku pendaftaran, fee sebanyak RM200.00 akan dikenakan bersama dengan fee membaharui pendaftaran.

Semua Borang Permohonan Pendaftaran boleh di beli di semua pejabat CIDB dengan harga RM5.00 bagi satu borang atau menulis surat ke pejabat CIDB dengan menyertakan wang pos sebanyak RM6.00 bagi satu borang. atau mendapatkannya dengan melayari laman web kami di www.cidb.gov.my. Borang juga boleh dimuat turun melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip CIDB (R1-R6) (alamat email pemohon) ke 32728.

           
Contoh memohon borang pembaruan pendaftaran :

cidb R4 iskandar@hotmail.com ke 32728

Kontraktor (pemegang sijil) perlu membuat laporan polis berkenaan kehilangan sijil tersebut atau dapatkan akuan berkanun dari pejabat pesuruhjaya sumpah. Laporan polis atau akuan berkanun tersebut perlu dikemukakan bersama bayaran sebanyak RM100.00 sebelum sijil pendaftaran yang baru dikeluarkan pada hari yang sama.

Semua pemohon boleh menyemak melalui laman web di www.cidb.gov.my atau melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip:

cidb status (no.permohonan) ke 32728

atau untuk mengetahui tarikh tamat pendaftaran dengan menaip:

cidb semak (no. pendaftaran) ke 32728.

Contoh untuk menyemak status permohonan : cidb status w050920070515001            

Contoh untuk menyemak tarikh tamat pendaftaran : cidb semak 19990301-wp002340

Syarat Am

  1. Perakuan ini tidak boleh dipindahmilik
  2. Lembaga berhak mengkaji semula gred pendaftaran kontraktor dari semasa ke semasa

Tanggungjawab dan Obligasi Kontraktor

  1. Kontraktor hendaklah mematuhi peruntukan Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (“Akta”), peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dan apa-apa terma, syarat-syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga dari masa ke semasa.
  2. Kontraktor tidak boleh menyertai mana-mana tender atau melaksanakan apa-apa kerja pembinaan selepas habis tempoh Perakuan dan sehingga ianya diperbaharui.
  3. Kontraktor tidak boleh mengakujanji membina apa-apa projek pembinaan yang melebihi nilai kerja pembinaan yang dinyatakan di bawah gred pendaftarannya dan tidak boleh melaksanakan apa-apa projek pembinaan diluar kategori pendaftarannya.
  4. Kontraktor hendaklah mengemukakan maklumat mengenai apa-apa kerja-kerja pembinaan atau kontrak dalam tempoh tiga puluh hari diaward.
  5. Kontraktor hendaklah mengemukakan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Lembaga dari masa ke semasa.
  6. Kontraktor hendaklah mempamerkan Perakuan Pendaftarannya yang dikeluarkan oleh Lembaga atau salinan Perakuan Pendaftaran yang diperakui oleh Lembaga di tempat perniagaanya.
  7. Kontraktor hendaklah mempamerkan nombor pendaftaran atas papan tanda di setiap tapak pembinaannya.
  8. Kontraktor hendaklah memohon untuk membaharui pendaftaran dalam tempoh enam puluh hari sebelum tarikh habis tempoh yang dinyatakan dalam perakuan itu. Apa-apa permohonan yang diterima oleh lembaga lewat daripada tiga puluh (30) hari sebelum tarikh habis tempoh perakuan pendaftaran hendaklah dikenakan fee sebanyak RM200.00 kerana lewat membaharui.

Tindakan Tatatertib

Pendaftaran Kontraktor hendaklah dibatal, digantung atau ditarik balik jika:-

  1. Kontraktor tidak mematuhi kehendak mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
  2. Kontraktor telah dihukum menjadi bankrap
  3. Petisyen penggulungan berhubung dengan kontraktor telah diserahkan
  4. Kontraktor melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta
  5. Kontraktor telah mendapat Perakuan dengan membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa akuan, pemerakuan atau representasi palsu atau fraud secara bertulis atau selainnya
  6. Kontraktor meninggalkan apa-apa kerja pembinaan yang diakujanji tanpa apa-apa sebab munasabah
  7. Kontraktor telah didapati bersalah kerana cuai oleh mahkamah atau mana-mana lembaga penyiasatan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan apa-apa kerja pembinaan yang diakujanji, atau
  8. Kontraktor yang telah melanggar mana-mana terma dan syarat-syarat Tanggungjawab dan Obligasi Kontraktor yang dinyatakan dalam perenggan 2 di atas.

Kontraktor mestilah memaklumkan kepada CIDB apabila berlaku sebarang perubahan/pertukaran maklumat syarikat seperti pertukaran nama syarikat, pertukaran alamat berdaftar, pertukaran rakan perkongsian dan lain-lain. Pemakluman mesti dibuat dalam masa 30 hari dari tarikh perubahan. Semua perubahan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang R6/96.

Kontraktor yang gagal memaklumkan boleh mengakibatkan Perakuan Pendaftaran digantung atau dibatalkan. Fee proses yang telah ditetapkan adalah seperti yang tertera dalam jadual di bawah :-

 

Jenis Pertukaran

Jumlah

(RM)

Pertukaran Nama Syarikat

Pertukaran Alamat Berdaftar

30.00 + 100.00

(cetak sijil baru)

Pertukaran Alamat Surat-menyurat

Pertukaran Nombor Telefon & Faks

Tiada Bayaran

Pertukaran Rakan Perkongsian

Pertukaran Pengarah / Pengurus / Setiausah

Pertukaran Pemindahan Saham Syarikat

Pertukaran Kakitangan Teknikal Utama Yang Digajikan Sepenuh Masa

30.00

 

Dengan menggunakan borang CIDB R6/96, permohonan mestilah disertakan bersama iklan tender dan semua dokumen sokongan yang diperlukan.

Kebenaran Khas hanya diberikan untuk satu gred di atasnya sahaja. Sebagai contoh gred G4 hanya dibenarkan untuk menyertai tender Gred G5 sahaja. Walau bagaimanapun sebelum kelulusan diberikan pemohon perlu memenuhi kriteria kewangan dan kakitangan teknikal bagi gred yang dipohon.

Syarikat atau firma perlu mendapatkan kelulusan sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan. Sebelum kelulusan diberi kontraktor perlu memenuhi kriteria pendaftaran bagi gred projek yang dijalankan. Jika gagal berbuat demikian, permohonan akan ditolak. Pemohon hendaklah mengemukakan borang R6/96 berserta dokumen sokongan seperti surat award, kakitangan teknikal yang digaji sepenuh masa atau kontrak bersama dengan ijazah/diploma, KWSP syarikat, surat pelantikan staf yang telah dipersetujuai, dan fee proses berjumlah RM30.00.

Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (L.P.I.P.M).dan hendaklah dibuat dalam bentuk bank deraf/wang pos/ kiriman wang /’bankers cheque’ atau wang tunai jika dibuat dikaunter CIDB.

Boleh, Borang Pembayaran Levi dan Borang CIDB L1/96 (Pemberitahuan) boleh dicetak melalui laman web CIDB.

Berkuatkuasa pada 21 Mei 2003,

  1.  Kadar levi yang dikenakan ialah 0.125% daripada jumlah kontrak bagi mana-mana kerja pembinaan yang melebihi RM500,000.00.
  2. Mana-mana kerja pembinaan yang melibatkan  projek perumahan kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana dikecualikan daripada pengenaan levi.

Berkuatkuasa pada 01 Februari 2005,

  1. Mana-mana projek perumahan yang menggunakan komponen Sistem Binaan Berindustri (IBS) melebihi 50% dikecualikan daripada pengenaan levi.

Berdasarkan peraturan-peraturan Industri Pembinaan (Pungutan Levi) 1996, setiap kontraktor berdaftar hendaklah memaklum dan menyerahkan Borang CIDB L1/96 kepada Lembaga (CIDB) berkenaan sebarang kontrak (kerja pembinaan) yang melebihi RM500,000.00 14 hari selepas tarikh kontrak ditandatangani atau 14 hari sebelum bermulanya kerja pembinaan tersebut, mana-mana tarikh yang terdahulu.

 

Lembaga/pihak CIDB akan memaklumkan kepada kontraktor melalui Borang CIDB L2/96 mengenai pengenaan levi. Kontraktor mesti menjelaskan keseluruhan bayaran levi dalam tempoh 30 hari (tempoh liabiliti) seperti yang ditetapkan dalam borang CIDB L2/96. Sebarang rayuan hendaklah dikemukakan kepada CIDB dalam tempoh liabiliti tersebut. Rayuan yang telah melebihi tempoh liabiliti tidak akan dipertimbangkan.

Pembayaran levi boleh dibuat di mana-mana pejabat CIDB dengan menggunakan Borang Pembayaran Levi yang telah disertakan bersama surat iringan dan Borang L2/96. Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai, kiriman wang, wang pos, ’bankers cheque’ atau ‘bank draft’ di atas nama ‘Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia’ (CIDB). Cek peribadi dan cek syarikat tidak diterima. Sijil Perakuan Pembayaran Levi akan dikeluarkan apabila kontraktor telah menjelaskan sepenuhnya nilai levi yang dikenakan.

 

Berdasarkan kepada Seksyen 34(4), Akta 520 dan Peraturan-Peraturan Industri Pembinaan (Pendaftaran Kontraktor) 1995, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, Akta 1994, mana-mana Kontraktor Berdaftar yang gagal membayar apa-apa levi yang kena dibayar dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan, kontraktor berdaftar itu adalah telah melakukan kesalahan di bawah akta dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00. Pihak Lembaga juga boleh mengambil Tindakan Tatatertib untuk membatal, menggantung atau menarik-balik pendaftaran kontraktor dengan pihak CIDB.

 

Anda boleh mendapatkan borang mengikuti kursus Latihan Kemahiran Belia atau Personal Binaan yang dijalankan di Akademi Binaan Malaysia dengan melayari laman web kami; www.cidb.gov.my, klik<maklumat>klik<latihan>klik<Latihan Kemahiran> atau memohon melalui surat atau datang sendiri ke pejabat-pejabat CIDB atau ABM.

Terdapat 2 jenis latihan kemahiran di ABM iaitu:

  • Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah
  • Latihan Kemahiran Pekerja Binaan Tempatan

Bagi Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah

Syarat permohonan untuk mengikuti kursus yang ditawarkan adalah berbeza dan bergantung kepada bidang kemahiran yang dipohon.  Terdapat 49 jenis bidang kemahiran yang ditawarkan di 6 lokasi ABM di seluruh negara dengan tempohnya 1 bulan hingga 24 bulan mengikut bidang.  Walau bagaimanapun, syarat umum bagi Latihan Kemahiran Belia Lepasan Sekolah adalah seperti berikut:-

  1. Berumur 16 tahun hingga 35 tahun
  2. Warganegara Malaysia; dan
  3. Sihat tubuh badan dan fizikal yang stabil

Pelatih yang diterima untuk menjalani latihan ini di ABM dibiayai sepenuhnya oleh CIDB.  Sila dapatkan risalah dan borang permohonan UPLK1 Pin. 1/2006 daripada mana-mana pejabat CIDB atau mana-mana ABM (sila layari  www.cidb.gov.my, klik<maklumat>klik<latihan>klik<ABM> bagi mendapatkan alamat ABM). Maklumat terkini mengenai tred yang ditawarkan sila rujuk Senarai Program Latihan Kemahiran Belia di pejabat CIDB/ABM yang berhampiran.

Bagi Latihan Kemahiran Pekerja Binaan Tempatan

 

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Sihat tubuh badan dan fizikal yang stabil
  3. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Bagi bidang kursus "plant Operation & Crane Operation; had umur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  4. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 6 bulan di dalam bidang yang dipohon dan merupakan pekerja binaan sedia ada.
  5. Pelatih yang mempunyai Kad Hijau yang masih sah sahaja dibenarkan memasuki latihan di bawah program ini. Pelatih yang memenuhi kriteria seperti yang ditetapkan layak dipertimbangkan pembiayaan yuran kursus oleh CIDB. Bagi calon yang mempunyai Kad Hijau yang telah tamat tempohnya, tidak akan dibiayai yuran kursusnya oleh CIDB.
  6. Pemilihan untuk menyertai latihan kemahiran di Akademi Binaan Malaysia hanya akan ditentukan melalui kejayaan temuduga.
  7. Calon perlulah membawa dokumen asal semasa temuduga
  8. Pembiayaan oleh CIDB hanya satu kali/kursus/personel binaan, kecuali bagi bidang kursus (Scaffolding Frame/Tubular) dan Plumbing (Building Sanitary Fitting & Water Reticulation) boleh diambil kedua-duanya sekali. Jika Personel tersebut masih berminat untuk mengambil bidang kursus yang lain, personel tersebut perlulah membayar yuran latihan penuh kepada ABM.

Dokumen yang perlu disertakan adalah :

  1. Borang UPLK1 Pin. 1/2006.
  2. Salinan sijil/testimonial yang berkaitan.
  3. Salinan kad pengenalan.
  4. Satu keping gambar berukuran pasport.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke mana-mana pejabat CIDB atau ABM yang berhampiran. Maklumat terkini mengenai tred yang ditawarkan sila rujuk Senarai Program Latihan Kemahiran Personel Binaan di pejabat CIDB/ABM yang berhampiran.

Bidang kursus yang ditawarkan ialah :

  1. Interpretation Of Radiographs (ND4)
  2. Magnetic Particle Testing (ND1)
  3. Penetrant Testing (ND2)
  4. Ultrasonic Testing Thickness Measurement (ND3)
  5. Ultrasonic Testing Weld

Tempoh kursus (i) - (iv) selama 2 minggu. Tempoh kursus (v) selama 6 minggu. Tempat kursus-kursus tersebut dijalankan di Pusat Latihan Bertauliah, Johor.

Pemegang Kad Hijau CIDB yang berumur genap 16 tahun hingga 65 tahun adalah dilindungi oleh Skim Perlindungan Takaful Personel Binaan Berkelompok berpandukan konsep hibah (pemberian/ hadiah). Perlindungan ini meliputi seluruh kawasan di dunia dan sepanjang masa.

Skop dan Amaun Manfaat adalah seperti berikut :

SKOP MANFAAT
 AMAUN MANFAAT
Kematian (Akibat Kemalangan) RM21000.00
Kematian (Akibat Sakit) RM3000.00
Belanja Pengkebumian RM500.00

Keilatan Kekal (Akibat Kemalangan)

RM18 000.00 (maksima)

Keilatan Kekal Seluruh Badan (Akibat Sakit) RM3000.00
Manfaat Wad Hospital (Akibat Kemalangan) RM25.00/hari (maksima 30 hari)

 

Lengkapkan borang tuntutan takaful (Borang UPPT-1) dan sertakan dokumen sokongan yang diperlukan. Borang boleh diperolehi dari pejabat CIDB terdekat atau laman web http://www.cidb.gov.my Tuntutan mestilah sampai ke mana-mana pejabat CIDB selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh berlakunya kejadian kematian/ kemalangan.

Perkara-perkara yang menyebabkan permohonan takaful ditolak adalah seperti berikut :

  •  Kad Hijau telah tamat tempoh
  • Umur melebihi 65 tahun semasa kejadian
  • Diwadkan akibat sakit (bukan akibat kemalangan)
  • Laporan doktor menyatakan tiada peratus kecacatan kekal
  • Ditimpa kemalangan tetapi tidak dimasukkan ke wad hospital
  • Kemalangan/kematian berlaku ketika melakukan jenayah
  • Kematian akibat penyakit HIV/AIDS

Jenis-jenis bayaran yang tidak ditanggung ialah :

  • Cuti sakit
  • Bil-bil rawatan hospital seperti kos ubat-ubatan, jahitan, pembedahan dan sebagainya.
  • Bayaran bagi Laporan Doktor
  • Kos telefon dan pengangkutan
  • lain-lain perkara yang tidak termasuk di dalam skop perlindungan yang dinyatakan di dalam jadual.

Hakcipta terpelihara 2010 © CIDB

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Peta Laman | Hubungi Kami

PENAFIAN:
CIDB Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Sesuai dipapar menggunakan Firefox dan Safari dengan resolusi 1024 x 768.

Last Update: 23 Julai 2010