
Integriti
Pengenalan
Dalam usaha untuk meningkatkan imej serta menggalakkan profesionalisma dalam industri pembinaan, syarikat-syarikat pembinaan yang merupakan pemacu utama industri pembinaan memainkan peranan yang amat penting dalam sama-sama menggembleng tenaga ke arah pengukuhan integriti. Peningkatan imej dan profesionalisma merupakan satu nilai tambah yang dapat membantu memberi keyakinan semua pihak kepada syarikatsyarikat pembinaan tanahair.
Oleh itu, CIDB mengambil inisiatif mewajibkan penyertaan kursus ini terhadap pemilik mana-mana syarikat pembinaan baru yang berdaftar dengan CIDB bermula pada tahun 2007. Kursus ini bertujuan memberi kesedaran kepada pemilik syarikat pembinaan terhadap kepentingan dalam mengukuhkan integriti di dalam perlaksanaan projek pembinaan. Kandungan kursus ini juga bertujuan membantu syarikat pembinaan tanahair mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan risiko dan cabaran-cabaran yang mampu mempengaruhi dan memberi kesan terhadap imej dan profesionalisma mereka.
Adalah diharapkan agar peningkatan imej dan profesionalisma syarikat-syarikat pembinaan tanahair dapat membantu dalam meningkatkan daya saing mereka untuk berhadapan dengan cabaran era liberalisasi.
Tujuan
Kursus Integriti Bagi Kontraktor Dalam Industri Pembinaan dibangunkan dengan objektif-objektif yang disenaraikan di bawah:-
- Menyampaikan polisi serta hasrat Kerajaan dan masyarakat umum mengenai kepentingan aspek integriti dan membincang isu-isu berkaitan integriti dalam industri pembinaan secara umum.
- Mendedahkan amalan-amalan yang beretika dan sebaliknya dalam rantaian pelaksanaan kerja pembinaan serta membincangkan kesan-kesan negatif akibat amalan tidak beretika terhadap kos, kualiti dan produktiviti kerja pembinaan.
- Membentangkan mekanisma terbaik yang wajar diterapkan oleh kontraktor dalam pelaksanaan kerja pembinaan bagi mengelak dan membasmi amalanamalan tidak beretika bagi membantu meningkatkan imej serta profesionalisma industri pembinaan.
- Menyampaikan informasi awal berkaitan Kod Etika Kontraktor.
- Menyediakan platform bagi perbincangan dan perkongsian pengalaman berkaitan aspek integriti dalam pelaksanaan projek pembinaan.
- Meningkatkan keyakinan masyarakat dari aspek amalan beretika terhadap perkhidmatan kontraktor pembinaan tempatan.
Kumpulan sasaran
Pemilik / personel pengurusan utama yang melibatkan mana-mana dari berikut :
- Pemilik syarikat
- Pengarah syarikat
- Pengurusan utama syarikat
Tempoh Kursus
1 hari ( 8:30 pagi – 5:00 petang )
Yuran Kursus
Yuran kursus adalah sebanyak RM 50.00 bagi setiap peserta. (berkuatkuasa 1 Januari 2010)
Sijil & Mata CCD
Sijil kursus integriti akan diberi kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus tersebut dan 10 mata CCD diberi kepada syarikat yang diwakili.






