Program: Penyelidikan & Pembangunan

Penyelidikan dan Pembangunan: Kearah Inovasi Dan Kreativiti Dalam Industri Pembinaan Malaysia


Program Penyelidikan dan Pembangunan CIDB telah direka yang merangkumi pelbagai aktiviti yang menyeluruh seperti:

  • Pengurusan Penyelidikan
  • Menjalankan Projek Penyelidikan ? dari konsep ke komersialisasi
  • Mengemukakan Matlamat Utama
  • Penubuhan sebuah Pusat Maklumat

CREAM - Pusat P&P Untuk Industri Pembinaan

CIDB sedang dalam perancangan untuk menubuhkan CREAM, iaitu Construction Research Institute of Malaysia atau dalam Bahasa Malaysia ialah Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (IPPM), dimana tumpuan utama adalah untuk menjalankan Projek Penyelidikan berasaskan tema 'Konsep ke Komersialisasi' yang menjadi ciri utama bagi kesemua aktiviti penyelidikannya.

Berpegang teguh kepada Misi untuk menjadi 'peneraju utama penubuhan P&P di Malaysia yang memberi tumpuan kepada pembangunan Industri Pembinaan', CREAM mewakili satu inisiatif utama CIDB yang mana telah memberikan gambaran jelas tahap jangkaan dan prestasi dalam industri kini.

Tujuan CREAM menjalankan projek 'dari Konsep ke Komersialisasi' meliputi perlaksanaan penyelidikan dalam perkara-perkara teras khususnya dalam Industri Pembinaan.

Satu lagi bidang utama CREAM yang melibatkan Pengurusan Penyelidikan ialah yang mana menyediakan peluang-peluang untuk mendapatkan bantuan tabung kewangan hasil daripada aktiviti-aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan yang dilaksanakan oleh para Pengguna Industri Pembinaan.

Mengemukakan Matlamat Utama untuk Penyelidikan dan Pembangunan

CIDB akan memainkan peranan utama sebagai peneraju dalam merumuskan dan mengemukakan matlamat bidang utama dalam Penyelidikan yang mana akan membawa kepada penilaian semula keutamaan perbelanjaan di dalam penyelidikan oleh Kerajaan pada masa akan datang.

Kumpulan fokus yang bakal ditubuhkan dan dianggotai oleh para Pengguna Industri adalah untuk mengukuhkan lagi matlamat penyelidikan disamping meneroka ke semua permintaan penyelidikan lain yang berkaitan.

Penubuhan sebuah Pusat Maklumat

Usaha CIDB dalam arena Penyelidikan dan Pembangunan adalah untuk menunaikan peranan utama dan tanggungjawab sebagai satu Pusat untuk Maklumat berkenaan dengan Penyelidikan dan Pembangunan.

Setelah ditubuhkan, Pusat Sumber Teknologi akan menjadi sebuah pusat utama bagi CIDB untuk memenuhi 1 daripada 11 fungsi sebagai satu lembaga pembangunan, iaitu 'Untuk mengasaskan dan mengekalkan satu Sistem Maklumat Industri Pembinaan'.


Copyright Reserved 2010 © CIDB

Security Policy | Privacy Policy | Site Map | Contact Us

DISCLAIMER:
CIDB Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.

Best viewed using Firefox and Safari with resolution of 1024 x 768.

Last Update: 23 July 2010