cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994

PERINTAH LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (PENGENAAN LEVI) 2016


Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 34(5) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [Akta 520], Menteri membuat perintah yang berikut: 


Nama dan permulaan kuat kuasa

  1. (1) Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pengenaan Levi) 2016.

    (2) Perintah ini berkuat kuasa bagi tempoh dari 15 April 2016 hingga 31 Disember 2017.

    Pengenaan levi


  2. Kadar levi yang dikenakan ke atas kontraktor dikurangkan daripada 0.25 peratus kepada 0.125 peratus daripada jumlah kontrak.

    Pembatalan


  3. Perintah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pengenaan Levi) 2003 [P.U. (A) 264/2003] dibatalkan.

Imposition of Levy 1Perintah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pengenaan Levi) 2016

iso 01iso 02

iso 03iso 04