cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

 

Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB dibawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

 

Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 apabila disabitkan, boleh di denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dibawah Seksyen 29. Dibawah Seksyen 30 Lembaga boleh melalui notis bertulis yang disampaikan kepada kontraktor untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaan atau mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan.





Merujuk kepada Seksyen 25 (1) Akta 520 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) :

"Tiada seorang pun boleh menjalankan kerja atau menyiapkan, mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan mana-mana kerja pembinaan atau mengaku dirinya sebagi kontraktor, melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memgang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini".

Sila klik pada jenis permohonan dibawah untuk melihat  syarat-syarat pendaftaran kontraktor dan senarai semak dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik semasa permohonan dibuat. Untuk makluman, sekiranya mandatori dokumen tidak dimuatnaik semasa permohonan dibuat ia akan menyebabkan permohonan tidak dapat diteruskan/gagal. Sehubungan dengan itu, sila pastikan dokumen sokongan yang dimuatnaik adalah betul.

 

A)  PENDAFTARAN KONTRAKTOR TEMPATAN (Perakuan Pendaftaran Kontraktor - PPK / Sijil Perolehan Kerja Kerajaan- SPKK)  - (Syarat-syarat am pendaftaran)

  1. Daftar perniagaan dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) - ROC (SDN.BHD/BHD)- (Senarai dokumen wajib dimuatnaik)
  2. Daftar perniagaan dengan SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) - ROB / PLT (TUNGGAL/PERKONGSIAN)- (Senarai dokumen wajib dimuatnaik)
  3. Daftar perniagaan dengan PENDAFTAR PERNIAGAAN SABAH/SARAWAK (tiada pendaftaran SSM) - (Senarai dokumen wajib dimuatnaik)
  4. Daftar perniagaan dengan SURUHANJAYA KOPERASI (SKM) /PENDAFTARAN PERSATUAN (ROS)- (Senarai dokumen wajib dimuatnaik)

 

B)  KEBENARAN KHAS MEMASUKI TENDER DI LUAR PENGKHUSUSAN - (Syarat-syarat dan senarai dokumen wajib dimuatnaik)

 

C)  PENDAFTARAN KONTRAKTOR ASING 

  1. Pendaftaran Sementara (syarat-syarat dan Senarai dokumen wajib dimuatnaik)
  2. Pendaftaran Kontraktor Asing (syarat-syarat dan Senarai dokumen wajib dimuatnaik)

 

D)   PENDAFTARAN KONTRAKTOR USAHASAMA/KONSORTIUM - (Syarat –syarat pendaftaran dan Senarai dokumen wajib dimuatnaik)

 

E)   PENDAFTARAN KONTRAKTOR ANTARABANGSA - (Syarat –syarat pendaftaran dan Senarai dokumen wajib dimuatnaik)

 

F)   KEMASKINI MAKLUMAT SYARIKAT- (Senarai dokumen wajib dimuatnaik)

 

 

 

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04