Menurut Seksyen 34 (1) Akta 520 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) :
“Tiap-tiap kontraktor hendaklah mengisytiharkan dan mengemukakan kepada Lembaga, mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga, apa-apa kontrak yang telah diawardkan kepadanya mengenai apa-apa kerja pembinaan”
Bermula 4 Julai 2017, semua pengisytiharan kerja pembinaan mestilah dibuat secara atas talian (online) melalui link berikut http://cims.cidb.gov.my
Kontraktor perlu memuat naik (upload) Surat Anugerah (Letter of Award) bagi projek yang berkaitan.
Sekiranya projek layak dilevi, Borang Pemberitahuan Pengenaan Levi (Borang CIDB L2) akan dijana oleh sistem secara atas talian (online) dan pihak kontraktor perlu menjelaskan bayaran levi dalam tempoh liabiliti yang dinyatakan.
Kegagalan mengisytihar kerja pembinaan dan gagal membayar levi di dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Lembaga merupakan satu kesalahan di bawah Akta 520.
Kewajipan Untuk Mengisytiharkan Kerja Pembinaan
Setiap kontraktor, dikehendaki mengisytiharkan dan mengemukakan kepada CIDB, mengikut cara yang ditetapkan oleh CIDB, apa-apa kontrak kerja pembinaan yang telah diawardkan kepadanya.
Kontraktor
Kontraktor merupakan seseorang yang menjalankan atau menyiapkan atau mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan. Mana-mana orang yang telah di awardkan atau telah menyempurnakan apa-apa kontrak bagi kerja pembinaan, atau telah mengaku janji untuk menjalankan, menguruskan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan, atau telah menjalankan, menguruskan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan adalah disifatkan sebagai seorang kontraktor melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
Kerja Pembinaan
Kerja pembinaan merujuk kepada pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan atau perobohan:
Jumlah Kontrak
Jumlah kontrak berhubung dengan sesuatu projek pembinaan ialah jumlah nilai semua kerja, bekalan dan perkhidmatan untuk membuat dan menjadikan kerja pembinaan dalam projek pembinaan itu berfungsi sepenuhnya meliputi item-item berikut :
Jumlah kontrak ditentukan melalui mana-mana dokumen berikut:
Tempoh Masa
Kontraktor dikehendaki mengisytiharkan dan memaklumkan kepada CIDB apa-apa kerja pembinaan dalam tempoh 14 hari selepas diawardkan kontrak kerja pembinaan atau sebelum projek yang dilaksanakan atau mana-mana yang terdahulu.
Kaedah Untuk Mengisytiharkan Kerja Pembinaan
Kontraktor dikehendaki mengisi Borang Pemberitahuan Kerja Pembinaan, iaitu Borang CIDB L1/96 (Pindaan 1/ 2003) dan mengemukakan bersama dokumen sokongan, iaitu:
Terdapat dua cara bagi mengisytiharkan dan memaklumkan kontrak kerja pembinaan kepada CIDB, iaitu secara:
1. Manual
Kontraktor boleh mengisi Borang CIDB L1/96 (Pindaan 1/ 2003) secara bertulis dan mengemukakan bersama dokumen sokongan kepada pejabat CIDB Negeri/ Cawangan mengikut negeri lokasi projek.
2. Sistem Dalam Talian
Kontraktor juga boleh mengisytiharkan projek pembinaan menggunakan sistem secara dalam talian (on-line system) melalui capaian di sini. Selepas mengisi maklumat tersebut, kontraktor diminta mengemukakan dokumen sokongan bersama Surat Iringan Dokumen Sokongan dalam tempoh 7 hari bekerja dengan menggunakan salah satu daripada kaedah di bawah:
Faks
Sila faks dokumen tersebut kepada kepada CIDB Negeri/ Cawangan lokasi projek pembinaan.
E-Mel
Kontraktor boleh menghantar salinan skan dokumen tersebut ke e-mel CIDB Negeri/ Cawangan lokasi projek pembinaan.
Pos/ Serahan Tangan
Borang CIDB L1/96 (Pindaan 1/ 2003) yang telah diisi perlu dicetak dan dikemukakan kepada pejabat CIDB Negeri/ Cawangan yang berkenaan.
*Nota: Surat Iringan Dokumen Sokongan dipaparkan pada menu Senarai Projek atau pada halaman terakhir selepas penghantaran maklumat kerja pembinaan melalui Sistem Dalam Talian. Surat Iringan Dokumen Sokongan ini meletakkan secara automatikalamat pejabat, no. telefon, no. faks dan e-mel CIDB Negeri/ Cawangan yang bertanggungjawab.
Kadar Levi
Levi sebanyak 0.125% dikenakan keatas jumlah kontrak kerja pembinaan yang melebihi lima ratus ribu ringgit. Jumlah kontrak ini termasuklah amaun GST sebanyak 6%.
Semakan Bayaran
Kontraktor boleh menyemak amaun yang perlu dibayar melalui Borang Pemberitahuan Pengenaan Levi, iaitu Borang CIDB L2/96. Kontraktor juga boleh mencetak Borang CIDB L2/96, menyemak status bayaran levi dan senarai kerja pembinaan yang telah dimaklumkan kepada CIDB melalui sistem dalam talian, melalui capaian di sini.
Tempoh Bayaran
Bayaran levi hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Borang CIDB L2/96 dikeluarkan.
Cara Bayaran
Kontraktor dikehendaki mengisi Borang Pembayaran Levi* dan membayar amaun levi yang dikenakan di mana-mana kaunter kewangan pejabat CIDB Negeri/ Cawangan menggunakan:
Nota:
* Borang Pembayaran Levi dilampirkan bersama Borang CIDB L2/96,dan boleh dicetak secara dalam talian semasa menyemak status levi
** Bayaran bagi perkara (2), (3) dan (4) hendaklah diletakkan atas nama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau CIDB Malaysia.
Pengecualian Levi*
Pengecualian levi hanya diberikan kepada projek perumahan seperti di bawah;
*Nota: Pengecualian levi adalah tertakluk kepada peraturan dan syarat yang ditetapkan. Sila hubungi Unit Levi di CIDB Negeri/ Cawangan yang berkenaan untuk maklumat lanjut.
Gagal Mengisytiharkan Kontrak Kerja Pembinaan
Kontraktor berdepan dengan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit sekiranya tidak mengisytiharkan dan mengemukakan kontrak kerja pembinaan yang telah di award kan atau tidak menzahirkan sepenuhnya semua fakta dan hal keadaan liabiliti untuk membayar levi itu kepada CIDB.
Notis Tuntutan
Notis Tuntutan (Notice of Demand) akan dikeluarkan kepada kontraktor yang gagal membayar levi dalam tempoh liabiliti (30 hari) dari tarikh pengeluaran Borang CIDB L2/96. Segala urusan pendaftaran akan disekat apabila Notis Tuntutan dikeluarkan. Di samping bayaran levi, kontraktor turut dikenakan bayaran guaman sebanyak seratus lima puluh ringgit. Kontraktor perlu menjelaskan bayaran ini dalam tempoh 21 hari dari tarikh Notis Tuntutan dikeluarkan untuk mengelakkan tindakan tatatertib dan tindakan mahkamah.
Tindakan Tatatertib
Kontraktor juga boleh dikenakan tindakan tatatertib ke atas pendaftaran sekiranya masih gagal membayar levi, iaitu:
Tindakan Mahkamah
Kontraktor berdepan dengan tindakan mahkamah, iaitu dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau empat kali ganda nilai amaun levi yang perlu dibayar atau mana-mana hukuman yang lebih tinggi sekiranya tidak membayar apa-apa levi dalam tempoh yang ditetapkan oleh CIDB.