cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

CIDB Malaysia akan memperkenalkan Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan yang baru yang telah dinaiktaraf seiring dengan kemajuan teknologi. Kad Pintar ini iaitu EMV Green Card programme yang direkabentuk dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan serta penggabungan Kad Pintar ini bercirikan transaksi perdagangan. Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan akan dikuatkuasakan bermula 15 Oktober 2019. Seiring dengan itu, Sistem CIMS Pendaftaran Personel Binaan juga telah ditambahbaik dengan menyediakan perkhidmatan pengeposan kad mengikut alamat berdaftar.


Oleh yang demikian, bermula 8 Oktober 2019, jam 6 petang, Sistem CIMS Pendaftaran Personel Binaan akan ditutup untuk sementara waktu bagi proses penyelenggaraan dan menaiktaraf sistem. Sistem akan beroperasi semula pada 15 Oktober 2019.


Berikutan pelancaran Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan, CIDB akan menguatkuasakan kadar fi dan bayaran yang baru seperti di Lampiran 2

 

Untuk makluman, personel binaan yang telah memiliki Kad Pintar hanya perlu memperbaharui pendaftaran personel binaan secara atas talian sahaja. Maklumat tempoh sah pendaftaran boleh disemak secara atas talian. Kad Pintar hanya akan dicetak semula sekiranya personel binaan membuat permohonan gantian kad hilang atau rosak


Sila hubungi Pejabat CIDB Negeri/Cawangan yang terdekat atau CIDB Careline di talian 1300 88 2432 untuk sebarang pertanyaan.

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04