cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

Poster Hebahan Korporat CIDB 01

BIM SPECIALIST APPRENTICESHIP PROGRAM

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan BIM UMP Holdings Sdn Bhd akan menganjurkan Program BIM Specialist Apprenticeship bermula pada 22 September 2019 bertempat di CIDB MyBIM Satellite Centre East Coast UMP Holdings. Program ini akan berlangsung selama 6 bulan.

 

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON?


1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 21 tahun – 28 Tahun

3. Masih belum bekerja

4. Lepasan graduan Diploma dan Sarjana Muda dalam bidang Arkitek, Kejuruteraan & Pembinaan (AEC)

5. Pengalaman & pengetahuan khusus berkaitan BIM tidak diperlukan.

 

APAKAH KELEBIHAN MENYERTAI PROGRAM INI?


1. 6 Bulan latihan intensif yang melibatkan aspek teknikal dan 'soft skill'

2. Latihan Pentauliahan CIDB BIM Modeller secara percuma yang melibatkan keempat-empat disiplin (Arkitek, Struktur, Mekanikal & Elektrikal)

3. Pendedahan perlaksanaan projek yang sebenar dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia

4. Pendedahan kepada Manual Proses kerja BIM berdasarkan keperluan dan Piawaian JKR

5. Pendedahan kepada keperluan yang melibatkan data projek yang sebenar

6. Tips & Tricks bagi latihan teknikal

7. Penginapan termasuk elaun sebanyak RM1300/bulan

 

BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM INI?


Sila hantarkan resume lengkap kepada alamat email yang tertera dibawah:

ainiabdul@umpholdings.my

Permohonan hendaklah dihantar pada 27 Julai 2019 sehingga 15 Ogos 2019.


Pemohonan yang terpilih akan diumumkan pada 7 September 2019 untuk menghadiri temuduga seperti ketetapan berikut :

 

Tempat : Level 11, MyBIM Centre, Menara Sunway, Kuala Lumpur

 

Manakala permohonan yang berjaya dalam sesi temuduga akan dimaklumkan pada 9 September 2019 hingga 12 September 2019

Kepada yang berjaya program akan bermula pada 22 September 2019 dan akan berakhir pada 21 Mac 2020

 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi pihak kami :

 

Pn Nor Aini : 01116324658
En Azreen : 0142971279

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04