cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

rofizlan


BATU KAWAN : Satu pencapaian penting bagi Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB) hari ini (3 Mei) apabila bangunan IKEA yang akan siap tidak lama lagi mencatat skor IBS tertinggi sehingga kini.

Untuk makluman, IKEA Pulau Pinang mencatat skor Sistem Binaan Berindustri (IBS) tertinggi iaitu 92.3 daripada 100.

Penarafan IBS adalah sebahagian daripada usaha CIDB Malaysia untuk mengiktiraf pembangunan yang menampilkan penggunaan kaedah pembinaan moden.

Galakan penggunaan IBS adalah selaras dengan Program Transformasi Industri Binaan (CITP) 2016-2020), yang bertekad untuk mencapai lebih daripada sekali ganda tahap produktiviti di Malaysia.

Ikea Malaysia telah diberi sijil pengiktirafan semasa lawatan ke tapak oleh CIDB pada hari ini. Skor yang tinggi tersebut telah dianugerahi kepada kontraktor reka bentuk dan binaan, Kajima (Malaysia) Sdn Bhd oleh Ketua Eksekutif CIDB Daro’ Ir. Ahmad Asri Abdul Hamid.

Kajima turut menerima penarafan 5 Bintang dalam Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan (SHASSIC) bagi prestasi keselematan dan kesihatannya semasa kerja pembinaan.

Kajima diwakili oleh Pengarah Projek Eiichi Suzuki menerima anugerah tersebut. Beliau diiringi oleh Pengurus Kanan Projek Pembinaan Ikea Agung Wibowo.

“Penggunaan IBS akan memberi pelbagai manfaat termasuk mempercepatkan proses pembinaan, kualiti pembinaan yang lebih baik, tahap keselamatan yang lebih baik di tapak binaan, keselamatan persekitaran di tempat kerja yang lebih baik serta menjimatkan kos melalui penggunaan komponen pembinaan standard yang berulangan.

“Dengan memesatkan penggunaan teknologi baharu dalam industri, amalan moden dan mekanisasi, kami yakin bahawa kami akan mencapai sasaran produktiri sector pembinaan dalam CITP,’ ujar Dato’ Ir. Ahamad Asri semasa lawatan tersebut.

Kejayaan IKEA Pulau Pinang ini merupakan satu kejayaan penting. Ia membuktikan komitmen sector swasta dan kejayaan menerapkan penggunaan teknologi terkini dalam pembinaan.

“Yang lebih penting, kejayaan ini menjadi contoh utama kepada lebih banyak pemain industry untuk tampil melaksanakan penggunaan IBS, dan menerajui produktiviti dalam bidang pembinaan,” tambah beliau.

Menurut Gary Spencer, Pengarah Projek Asia Tenggara IKEA berhubung kejayaan memperoleh markah IBS tertinggi dan penarafan 5 bintang SHASSIC, beliau berbesar hati menjadi sebahagian daripada pasukan yang menerima anugerah standard tinggi tersebut dan ini menggambarkan komitmen seluruh pasukan.

Tiga perkara utama di tapak binaan adalah keselamatan, keselamatan dan keselamatan. Dengan itu, kami mencapai kualiti, komitmen dan produktiviti.

Skor projek IKEA Pulau Pinang telah diperiksa dan disahkan oleh CIDB MyIBS Sdn Bhd, sebuah subsidiari CIDB.

CIDB MyIBS juga telah mengumpul data daripada projek IKEA Pulau Pinang sebagai kajian kes kejayaan pelaksanaan IBS bagi memperkayakan pangkalan datanya mengenai projek IBS.  

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cidb.gov.my

 

( 22 Mac 2019)

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04