cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

 

yuran

 

KUALA LUMPUR: CIDB Malaysia sedang memberi diskaun kadar yuran sehingga 50% untuk dua program mereka iaitu Program Penilaian Kompetensi Kemahiran dan juga Program Pentauliahan Penyelia Tapak.

 

Diskaun yang bermula pada bulan Februari 2018 akan berakhir pada 31 Julai 2018.

 

Tujuan CIDB memberi pengurangan tersebut adalah untuk mengaktifkan lagi industri pembinaan di Malaysia.

 

Insentif ini juga bertujuan untuk menggalakkan dan memberi peluang kepada pihak kontraktor untuk memastikan pekerja binaan mahir and penyelia tapak binaan yang diambil bekerja diakredit dan ditauliahkan.

 

Melalui penyertaan dalam program-program ini, personel tapak binaan juga dapat mengelakkan didenda RM5,000 dibawah Akta 520 33A.  

Insentif adalah dalam bentuk pengurangan kadar yuran yang perlu dibayar.

 

Untuk Program Penilaian Kompetensi Kemahiran, yuran berdiskaun adalah RM270, dan terpakai untuk semua pekerja binaan asing, pekerja binaan berstatus Pemastautin Tetap dan pekerja binaan tempatan yang tidak ditaja.

 

Bagi Program Pentauliahan Penyelia Tapak pula, kadar yuran berdiskaun adalah RM100.

 

Dalam masa dua bulan pertama insentif diskaun yuran ini berlangsung, CIDB telah mencatatkan peningkatan yang memberangsangkan bagi Program Penilaian Kompetensi Kemahiran dan Program Pentauliahan Penyelia Tapak sebanyak 30%.

 

Pekerja binaan and penyelia tapak masih ada masa untuk merebut peluang menyertai program-program tersebut dengan yuran yang amat rendah.

 

Sila hubungi Aljuffry Mohd Ariffin di talian 03-4047 7319 ataupun Nadzhatul Syamiru Usmaiza Othman ditalian 03-4047 7326 untuk keterangan lanjut.

 

 

[April 19, 2018]

 

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04