cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

CIDB Sibu is Now Open to Serve Local Stakeholders

Sibu : CIDB Malaysia kini telah membuka pejabatnya di Sibu bagi menyelia dan memudah cara beberapa projek yang sedang dirancang di wilayah tersebut.

 

Majlis pelancaran pejabat baharunya telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Tuan Baru Bian pada 23 Mac 2019 dan turut hadiri oleh Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Dato’ Ir. Ahmad Asri.

 

“Sibu bukan hanya dikenali dengan pelabuhan dan industri pembinaan kapalnya, malah ia merupakan gerbang ke Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). Ia turut memiliki tarikan pelancong tersendiri khususnya bagi mereka yang ingin mengunjungi Sungai Rajang.

 

“Sibu mempunyai potensi pertumbuhan pembangunan masa depan yang besar memandangkan pelbagai projek kini dilaksanakan di sini,” kata Baru Bian.

 

Antara projek yang sedang dijalankan di Sibu termasuk Lebuh Raya Pan Borneo bernilai RM1.7 bilion (2016), projek pembangunan campuran terbesar di Sibu yang terdiri daripada pembinaan kediaman, hotel dan bangunan komersial 18 tingkat bernilai RM140 juta (2017), projek tebatan banjir Fasa 3 bernilai RM90 juta (2018) dan projek kerja-kerja jalan raya di Sibu bernilai RM100 juta.

 

Pejabat Sibu ini juga akan menawarkan perkhidmatan kepada pemegang kepentingan pembinaan yang terlibat dalam projek-projek berkenaan. Perkhidmatan seperti proses pendaftaran bagi kontraktor dan bahan binaan serta pendaftaran dan akreditasi pekerja binaan akan dapat dilakukan secara pantas dan berkesan.

 

Pada masa yang sama, para pemegang kepentingan pembinaan tempatan juga akan berpeluang untuk mendapatkan panduan dan nasihat daripada CIDB.

 

Seramai 96,038 kontraktor telah berdaftar dengan CIDB pada akhir bulan Februari 2019 yang mana 8,650 dari Sarawak dan 974 dari Sibu.

 

Bagi pekerja binaan pula, daripada 850,000 orang yang berdaftar di seluruh negara, 45,000 orang adalah dari Sarawak. Daripada jumlah ini, seramai 13,000 orang dari Sibu.

 

Pada masa yang sama, Dato’ Ir. Ahmad Asri turut menggesa agensi-agensi tempatan untuk memanfaatkan pejabat CIDB tempatan ini untuk mendapatkan maklumat mengenai Program Transformasi Industri Pembinaan.

 

“Kerjasama strategik antara agensi tempatan dan CIDB dalam melaksanakan inisiatif CITP akan mampu mempertingkatkan industri pembinaan di Sibu,” katabeliau.

 

Selain Sibu, CIDB juga memiliki cawangan di Miri dan Bintulu di Sarawak manakala cawangan di Sabah pula terletak di Tawau dan Sandakan. CIDB juga mempunyai 15 buah pejabat negeri di seluruh negara.

 

Pejabat cawangan CIDB di Sibu, Sarawak akan diketuai oleh Chuang Kuang Hong yang memiliki pengalaman selama 12 tahun dalam industri ini bersama CIDB.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cidb.gov.my

 

[25 Mac 2019]

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04