cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

Ubm Cidb Preparing For Quantum Leap At Icw 2020

 

Kuala Lumpur : UMB dan CIDB, dua buah organisasi dinamik yang berkembang pesat, pada tahun ini melancarkan edisi terkini Asean Super 8 ICW bertempat di ruang pameran serba baharu yang selesa dan terbesar di negara ini iaitu Pusat Dagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

 

“Saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Asean Super 8 ICW 2019 kini berakhir dan telah mencatat pencapaian membanggakan dengan mencapai sasaran 20,000 orang pengunjung malah mungkin lebih itu. Jumlah sebenar akan kita ketahui dalam tempoh sehari dua ini,” ujar M Ghandi, Pengarah Urusan Kumpulan United Business Media [M] Sdn Bhd ketika ditemui pada hari terakhir ICW2019.

 

UBM telah berjaya berperanan sebagai penganjur acara paling terkemuka di Malaysia ini selama hampir sedekad hingga kini, hasil komitmen kumpulan media tersebut mencipta peluang perniagaan bagi pelanggannya, baik tempatan mahu pun antarabangsa serta membangunkan platform dagangan tanpa sempadan bagi para profesional untuk berhubung dan bermuafakat dalam perniagaan.

 

“Sejarah perhubungan kami dengan CIDB adalah amat membanggakan. UBM membawakan Ecobuild buat julung kalinya secara kerjasama dengan Minggu Pembinaan Antarabangsa [ICW] CIDB. Konsep yang kami berpegang sejak dari awal adalah untuk mengembangkan profil pameran tersebut agar tidak hanya terhad kepada pembinaan.

 

“Malah, idea Super 8 telah pun diilhamkan kira-kira empat tahun lalu, namun kami tidak dapat melaksanakannya memandangkan ia memerlukan lokasi pameran yang cukup besar untuk menghimpunkan segala-galanya dan berpotensi untuk berkembang lebih luas.”

 

Tempat pameran terdahulu iaitu di KL Convention Centre memiliki ruang yang terhad dan tidak mampu untuk menjadi lokasi bagi sebuah pameran komprehensif sebagaimana yang dihasratkan oleh Ghandi – bermatlamat untuk menghimpunkan segala-gala berkaitan alam bina di bawah satu bumbung.

 

“Apa saya maksudkan dengan alam bina bukan hanya meliputi aspek pembinaan luaran malah turut merangkumi bahagian dalam bangunan termasuk ciri-ciri seperti sistem penyaman udara, lif, keselamatan dan sebagainya. Ini berpadanan dengan kepelbagaian komponen yang terlibat dalam pembinaan bangunan, atau bandaraya.

 

“Ketika itulah kami terfikir untuk menghimpunkan lapan komponen yang berlainan namun amat relevan dan menjenamakannya sebagai Super 8. Kini kesemuanya telah dihubungkan dan ini memberi kemudahan yang amat besar kepada semua pemegang kepentingan, baik pereka, arkitek atau perancang bandar.”

 

Ghandi menerangkan berkenaan Asean Super 8 memandangkan pada awalnya ramai pihak yang tidak pasti tentang kaitan Asean Super 8 dan ICW, kerana sebelum ini hanya ada Ecobuild dan ICW.

 

UBM membawa masuk beberapa pertunjukan yang berlangsung secara berasingan antara satu sama lain, termasuk Asean M&E (Pertunjukan Kejuruteraan Mekanikal & Elektrik Berprestij), REVAC, Asean Lifts & Escalators, Asean Tenaga, Asean Solar, IFSEC SEA (Kebakaran & Keselamatan), Jentera Berat dan Ecobuild Southeast Asia untuk berada di bawah satu naungan dengan ICW sebagai Asean Super 8.

 

“Kami percaya ini adalah sejajar dengan pembangunan infrastruktur rangka kerja strategik integrasi Asean ke arah komuniti Asean. Ini bermaksud kami menyasarkan pasaran Asean, namun para pemamer boleh datang dari seluruh dunia. Pembinaan mencakupi alam bina yang bermanfaat kepada manusia, dan di sini secara khususnya penduduk Asean,” jelas beliau lagi.

 

Alam bina khusus MITEC yang membolehkan bilik-bilik mesyuarat disediakan di tempat pameran supaya pengunjung boleh menyertai atau bertukar ke seminar berbeza adalah amat sesuai bagi para penganjur untuk melaksanakan konsep masing-masing.

 

Ghandi merancang untuk menjadikan acara tahun ini sebagai “teaser” namun beliau kini boleh menarik nafas lega kerana ia telah bertukar menjadi sebuah “trailer” yang sungguh hebat. Acara ini diisytihar mencatat kejayaan memberangsangkan, malah UBM dan CIDB bersedia untuk membawanya ke tahap yang lebih tinggi lagi.

 

Sebagai penganjur acara yang memiliki pengalaman selama berdekad-dekad lamanya, Ghandi yakin lonjakan yang lebih ketara akan berlaku pada tahun depan.

 

“Itulah yang kami ramalkan akan berlaku. Malah kami yakin dapat meluaskannya menjadi dua tingkat pada tahun hadapan di MITEC! Berkemungkinan besar juga kita akan menggunakan ruang merangkumi tiga tingkat memandangkan sambutan amat memberangsangkan daripada para pemamer yang meminta ruang tambahan.

 

“Visi kami bagi tiga tahun akan datang adalah untuk membawakan kesemua pihak pembuat keputusan utama dalam alam bina – untuk berhimpun pada skala besar-besaran menjadikan ia acara dalam kalendar tahunan yang mesti dihadiri.

 

“Kami tidak dapat melakukannya sebelum ini pada skala sedemikian, namun kini kami mampu untuk memulakan misi ini. Kami bersedia!”

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cidb.gov.my

 

 

[26 Mac 2019)

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04