cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

Zack Lim Guru Of Concrete Floor Cracks

 

Kuala Lumpur: Dr. Zack Lim memiliki pengalaman berdekad-dekad lamanya sebagai kontraktor yang mengkhusus dalam kerja pemasangan jubin konkrit premium. Beliau merupakan pemegang PhD Kejuruteraan Awam dan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan.

 

Berpadanan dengan gelaran beliau sebagai Pakar Lantai Konkrit Retak, dan atas rasa kecewa beliau dengan kurangnya kemahiran di kalangan buruh binaan muda, Lim telah memanfaatkan pengalaman luasnya dengan menubuhkan Akademi Teknologi Konkrit (AoCT) pada tahun 2014.

 

Selain daripada berperanan sebagai Pengetua Akademi tersebut, Lim juga merupakan salah seorang pengasas Concrete Floors Asia (CFA) yang terdiri daripada 11 orang ahli profesional antarabangsa bertujuan untuk merealisasi amalan terbaik dalam pembinaan lantai dan menggalakkan pembinaan lantai dengan piawaian bertaraf dunia di Asia. Beliau turut menyandang jawatan Naib Presiden Persatuan Konkrit Malaysia (CSM) dan ahli majlis Asian Concrete Construction Institute (ACCI).

 

Bercakap untuk laman sesawang CIDB semasa ICW 2019, beliau berkata.

 

Q: Apakah Akademi Teknologi Konkrit (AoCT)?

 

Peranan utama AoCT adalah memupuk pengetahuan demi kebaikan industri lantai konkrit sedunia. Matlamat kami adalah untuk menghasilkan individu terlatih, diiktiraf dan bertauliah bagi meningkatkan tahap pengetahuan dalam bidang konkrit dengan amalan-amalan terbaik. Ini bermaksud kami ingin menaikkan tahap daya saing dan kebolehambilan bekerja di kalangan tenaga kerja Malaysia serta membuka peluang peningkatan lebih luas kepada mereka dari segi profesional.

 

Q: Apakah program-program yang dilaksanakan oleh AoCT?

 

Kami menjalankan pelbagai program sepanjang tahun dan mengadakan seminar di negeri-negeri di Malaysia dan di luar negara. Anda boleh layari laman sesawang kami untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sesiapa sahaja dialu-alukan untuk menyertai sesi pembelajaran yang menyeronokkan dan berfaedah, tetapi anda perlu maklumi bahawa tempat yang tersedia lazimnya adalah terhad. Di samping itu, semua seminar kami menyediakan mata CCD dan CPD dan boleh dituntut secara HRDF. Kami juga menjalankan satu rangkaian program tetap yang digelar Pengetahuan Penting (Essential Knowledge) tentang kemahiran seperti Keretakan Lantai Konkrit (Concrete Floor Cracks), Lantai Konkrit Rataan Super (SuperFlat Concrete Floor), Reke Bentuk campuran Konkrit (Concrete Mix Design), Operasi Batch Konkrit (Concrete Batching Operation), Pengalisan Air (Waterproofing) dan sebagainya. Kami turut bekerjasama dengan Universiti Teknologi MARA.

 

Selain itu, AoCT menyediakan Program Pensijilan ACI (American Concrete Institution). ACI adalah badan bertauliah utama dan memiliki sumber di seluruh dunia dalam pembangunan dan pengembangan piawaian berasaskan kesepakatan bersama. Ia juga juga memiliki 95 cawangan di seluruh dunia dan hampir 20,000 ahli di 120 negara. Pentauliahan bersijil daripada ACI akan memberikan anda kelebihan berbanding saingan anda.

 

Q: Apakah kelebihan yang diperoleh setelah menerima penisjilan AoCT?

 

Kami menjemput para profesional, peneraju industri dan kontraktor untuk menjalankan bengkel praktikal, kursus dengan kes-kes rujukan dan demonstrasi berserta latihan secara amali yang amat berguna kepada lepasan sekolah, graduan baharu dan individu-individu berkebolehan.

 

Q: Siapakah yang boleh mendapat manfaat terbesar daripada program-program anda?

 

Lepasan sekolah yang tidak mempunyai sebarang rancangan atau tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran. Mereka yang memilih untuk melakukan kerja dengan tangan dan ingin belajar menerusi pengalaman. Golongan yang cenderung kepada bidang teknikal dan ingin mendapatkan pensijilan teknikal. Graduan baharu yang ingin memperoleh pengetahuan berguna dalam bidang konkrit. Para pekerja yang ingin melanjutkan pengetahuan dalam bidang konkrit. Syarikat/pengilang berkaitan konkrit, kontraktor yang ingin memperkayakan kakitangan mereka dengan pengetahuan lebih mendalam dalam bidang konkrit.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cidb.gov.my

 

[22 Mac 2019)

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04