cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

ZVEI German Pavilion Brighten Up ICW 2019

                     Kuala Lumpur: German Pavilion di ICW 2019 oleh ZVEI.

 

Zentralverband Elektrotechnik - und Elektronikindustrie eV – ringkasnya ZVEI, dalam bahasa Jerman bagi Persatuan Pengilang Barangan Elektrik dan Elektronik.

 

ZVEI adalah salah sebuah pertubuhan perindustrian terpenting di Jerman yang mewakili kepentingan sektor berteknologi tinggi dengan portfolio produk yang amat luas dan dinamik. Ia komited terhadap kepentingan bersama dalam industri dan di kalangan pengilang barangan elektronik di Jerman serta di peringkat antarabangsa.

 

ZVEI merupakan organisasi pusat bagi industri barangan elektronik dan perkilangan yang menyumbang secara aktif terhadap pembangunan rangka kerja ekonomi dan sosio politik selanjutnya di Jerman dan Eropah.

 

Pertubuhan tersebut memiliki penyata visi yang berani di mana sebahagian daripadanya menyatakan bahawa: “Kami merupakan rakan kongsi yang sentiasa berpengetahuan, amat dicari-cari dan yakin. Kecekapan pertubuhan kami bekerja memberi sokongan kepada pembangunan keusahawanan bagi industri kami dan ahli-ahlinya”.

 

Bagi pameran Asean Super 8 di ICW 2019, ZVEI dan German Pavilion telah membawa bersama sebuah pasukan mantap terdiri daripada 10 syarikat Jerman yang mewakili simbol kecekapan Jerman.

 

Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian pada tahun ini adalah AIB Kuntsmann (peneraju pasaran rak dan kabinet bagi bateri pegun, bekas keluli bersalut bagi bateri tarikan dan struktur keluli bagi stesen pengecas), BAE Batterien (pengilang bateri plumbum premium), Beckhoff Automation (Penyelesaian Automasi), Delta Squared Consultants, Eetarp Power (Penyelesaian keselamatan barangan elektrik), EFEN (Penyelesaian pintar bagi grid agihan kuasa), EPLAN Software & Services (kejuruteraan, elektrik, automasi dan mekatronik), Ritz Instrument Transformer, Schletter-The Solar Mounting Group dan Sudkabel/PTD Technology (projek-projek solar).

 

Lisa-Maria Okken, pengurus Hal Ehwal Eropah turut hadir untuk menerangkan kepada kita berkenaan pengalaman German Pavilion di ICW 2019.

 

“Kami telah melakukan beberapa penyelidikan mengenai hal ehwal negara-negara Asean dan telah terdengar berita tentang acara ini. Kami kini telah mengambil bahagian dalam ICW selama empat tahun. ZVEI mewakili kira-kira 1,600 syarikat Jerman. Kami menyediakan perkhidmatan komunikasi kepada syarikat-syarikat ahli kami seperti memberi khidmat nasihat berhubung ahl ehwal politik di negara-negara tertentu dan sumber bagi pelbagai acara – seperti ICW 2019 – mengikut keperluan dan kehendak syarikat-syarikat ahli kami.

 

“Syarikat yang menyertai acara ini pada tahun lepas serta yang hadir pada tahun ini berasa amat sukacita dengan jumlah pengunjung dan keseluruhan pengurusan serta kualiti. Sambutan yang diterima daripada syarikat-syarikat Malaysia serta warga negara lain adalah amat memberangsangkan. Para pengunjung telah menunjukkan minat bukan sahaja terhadap syarikat-syarikat kami, malah terhadap aktiviti-aktiviti kerajaan Jerman dalam bidang tenaga dan kami berasa gembira kerana dapat memberikan mereka banyak maklumat yang bermanfaat kepada kedua-dua pihak.

 

“Syarikat-syarikat di bawah naungan kami juga berjaya menjalin banyak hubungan perniagaan. Secara keseluruhannya, kami amat gembira dengan penganjuran acara ini dan sokongan yang telah diberikan. Saya juga perlu menokok di sini bahawa syarikat-syarikat Jerman mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah pasaran yang sedang berkembang pesat dan sentiasa memantau dengan penuh minat pembangunan di sini.”  

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cidb.gov.my

 

 

[21 Mac 2019)

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04