cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

Very Low Awareness On Cyber Protection In Construction Sector

 

Kuala Lumpur: Seorang pakar mendedahkan pada ICW 2019 yang sedang berlangsung bahawa terdapat kesedaran yang amat rendah tentang perlindungan siber dalam sektor pembinaan.

 

Menurut Dr Prakash Christiansen, Naib Presiden SAN Group of VulsanX, sektor-sektor yang menunjukkan minat paling tinggi terhadap perlindungan data dan mendapatkan perlindungan siber adalah sektor kewangan dan insurans.

 

Beliau berkata demikian dalam seminar bertajuk Keselamatan Siber: Impak Pendigitalan terhadap Syarikat (Cyber Security: Digitaslisation Impact on Corporations).

 

“Hanya 23% daripada industri pembinaan global dilindungi di bawah keselamatan siber kerana sebahagian besar daripadanya tidak meletakkan perkara tersebut sebagai suatu keutamaan. Sementara itu, industri pembinaan di Malaysia tidak begitu memahami tentang sains di sebalik perlindungan tersebut,” kata beliau.

 

Dalam dunia pembinaan, apabila penggodaman berlaku, keseluruhan cetakan biru milik sesebuah syarikat boleh dicuri dan pencerobohan ini boleh mengakibatkan kerugian kewangan yang besar, kehilangan reputasi dan akibat di sisi undang-undang.

 

Justeru, adalah penting bagi syarikat-syarikat untuk mengambil pendekatan proaktif ke arah perlindungan dan tidak menunggu sehingga sistem mereka diceroboh. Christiansen menambah, “Sebuah syarikat boleh menyerahkan penjagaan risikonya kepada profesional keselamatan siber untuk menyediakan perkhidmatan perlindungan siber 24 jam sehari sambil syarikat tersebut meneruskan perniagaannya seperti biasa. Apa yang pasti adalah teknologi tidak menggagalkan sesebuah perniagaan, tetapi manusialah yang menjadi faktor kelemahannya.”

 

Tatkala industri pembinaan melangkah menuju masa depan, dunia AI dan Analisis Data Besar memainkan peranan penting seiring kemajuan teknologi digital. Alam siber akan berkembang tanpa batasan dan tanpa sempadan. Walaupun teknologi akan terus berkembang maju dan membawa impak positif kepada organisasi, namun ancaman siber akan terus wujud.

 

Oleh yang demikian, adalah penting untuk mendapatkan pengetahuan mengenai keselamatan siber bagi membolehkan organisasi melindungi sistem internetnya yang bersambungan termasuk perkakasan, perisian dan data, tambah beliau.

 

Memiliki pengalaman bekerja selama 20 tahun dalam bidang keselamatan siber, Christiansen merupakan pemegang ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam jurusan Pengurusan Sistem Maklumat dari University of Ballarat, Australia dan sering membuat pembentangan di pelbagai platform.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cidb.gov.my

 

[21 Mac 2019)

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04