cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

Local Firm Goes Green With Construction Formwork

Kuala Lumpur : ENV Engineering Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat tempatan berusia tiga tahun berpangkalan di Masai, Johor yang mengkhusus dalam pembuatan kepingan pembinaan PVC boleh kitar semula dan mesra alam sekitar. Kepingan pembinaan ENV agak baharu di pasaran dan mungkin satu-satunya yang menggunakan konsep tersebut.

 

Antara pencapaian mereka termasuk Greenland Danga Bay Johor, ITC One di Colombo, Sri Lanka dan Bukit Timah First Canal Div di Singapura.

 

Pangarah Urusan syarikat tersebut, Lee Kiat Li berkongsi konsep yang beliau amalkan iaitu menggunakan bahan formwork mesra alam dalam industri pembinaan.

 

Q: Penggunaan kepingan pembinaan PVC yang boleh dikitar semula dan mesra alam sekitar ini adalah satu konsep baharu dan amat menarik. Sila ceritakan lebih lanjut tentangnya…

 

Dalam pembinaan, kita menggunakan kepingan pembinaan PVC bagi tujuan untuk menuang bahan acuan ke dalam formwork bagi membina tiang, grounding, footing dan struktur-struktur bangunan yang lain. Lazimnya, formwork diperbuat daripada papan lapis. Penggunaan maksimum bagi formwork papan lapis ini adalah sebanyak tiga kali. Selepas itu, papan lapis yang digunakan akan mula merekah dan formwork tersebut tidak lagi boleh digunakan kerana ia akan menjejaskan kualiti produk yang dihasilkan. Kemudian timbul pula isu pembuangan papan lapis berkenaan yang bukan mudah untuk dilupuskan.

 

Kami kini menggantikan formwork papan lapis tradisional dengan produk kami sendiri iaitu kepingan pembinaan ENV. Kebaikan kepingan ENV ini adalah keseluruhan prosesnya mesra alam sekitar. Ia bebas toksik dan 100% boleh dikitar semula. Setelah kepingan ENV digunakan, kami akan membeli balik kepingan ENV berkenaan dan daripada sisanya, kami boleh menghasilkan semula kepingan-kepingan ENV baharu. Tiada pembaziran sama sekali dan tidak timbul isu pelupusan. Kami mula mengeluarkan bahan ini pada akhir tahun lepas selepas menjalankan R&D dan pamasaran selama dua tahun sebelumnya. Oleh kerana ia baharu, kami perlu mewujudkan kesedaran dan mempromosinya dalam industri pembinaan.

 

Q: Adakah amalan mesra alam sekitar menggunakan kepingan pembinaan ENV ini menjimatkan?

 

Sudah tentu ia menjimatkan. Kepingan pembinaan ENV kami berharga RM170 sekeping manakala papan lapis bersaiz sama berharga RM70, tetapi hanya boleh digunakan tiga kali sahaja sebelum ia mula merekah dan permukaan formwork akan rosak kerana papan lapis akan mula melekat kepada acuan. Sebaliknya, kepingan ENV boleh digunakan sekurang-kurangnya sebanyak 20 kali secara berulang-ulang bagi pengacuan konkrit tanpa mengakibatkan kerosakan kepada acuan atau permukaan acuan yang terbentuk. Selain itu, formwork papan lapis perlu dinyahacuan menggunakan minyak acuan. Bagi kepingan ENV, minyak acuan tidak diperlukan sama sekali. Kami juga membeli balik sisa kepingan ENV pada harga RM30 dan ini pasti dapat membantu menjimatkan kos dengan ketara.

 

Q: Apakah manfaat lain kepingan ENV yang boleh menarik minat pihak berkepentingan industri pembinaan?

 

Kepingan ENV 100% kalis air dan tahan cuaca, oleh itu kualiti formwork tidak akan terjejas dalam apa juga cuaca. Ia juga mesra pengguna dan boleh digergaji, dipaku dan digerudi dengan mudah serta sesuai digunakan dengan bahan-bahan lain seperti kayu, keluli, aluminium dan plastik. Pembuatan kepingan ENV juga boleh disesuaikan secara khusus mengikut permintaan.

 

Q: Pada pendapat anda, bagaimanakah masa depan kepingan ENV?

 

Banyak yang boleh dilakukan dan bagi fasa pembangunan kami yang seterusnya, kami merancang untuk menggunakan kepingan ENV kami untuk menggantikan papan lapis dalam pembuatan perabot. Ini akan menjadi fasa kami yang seterusnya dan kami menjangka akan melaksanakannya dalam tempoh setahun.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cidb.gov.my

 

[21 Mac 2019)

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04