cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

Local Firm Goes Green With Construction Formwork

Kuala Lumpur :Pameran Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2019 dan Asean Super 8 anjuran CIDB Malaysia bertempat di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia adalah acara paling terkemuka di Asean bagi alam bina dan ia akan berakhir malam ini. Aktiviti di tapak pameran dilihat masih cergas di mana para pengunjung masih datang berpusu-pusu ke gerai pameran dan dewan-dewan seminar bagi memanfaatkan sepenuhnya pameran ini.

 

Sebagai gabungan pameran serantau baharu yang terbesar bagi industri pembinaan, kejuruteraan, tenaga, jentera & peralatan berat dan keselamatan, Asean Super 8 menawarkan nilai yang tiada tandingan kepada para pemamer, penaja dan pengunjung.

 

Berbeza dari yang sebelumnya, acara pameran dan persidangan terulung ini membuka peluang kepada peserta industri paling terkemuka hinggalah kepada peserta baharu, untuk menampilkan inovasi masing-masing, mendapatkan pembekal, menempa hubungan yang bermanfaat dan kekal mengikuti tren-tren mutakhir industri.

 

Asean Super 8 terdiri daripada lapan pameran berlainan yang meliputi industri pembinaan, kejuruteraan, tenaga, jentera & peralatan berat dan keselamatan. Sebahagian daripada siri acara Super 8 meliputi Pertunjukan M&E Asean, Ekspo & Forum Revac, Ekspo & Forum Tenaga, Ekspo & Forum Solar Asean, Asean Ecolight, Ekspo 7 Forum Lif Asean dan IFSEC Asia Tenggara.

 

Antara acara utama pada hari ini adalah Qlassic Day yang akan berlangsung pada 2 petang hingga 5.15 petang di MySpace I Ballroom di tingkat 3. Menteri Kerja Raya, Tuan Baru Bian akan hadir di acara tersebut.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cidb.gov.my

 

[21 Mac 2019)

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04