cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

Highest Ever Score Of 89 At Qlassic Awards Minister Hopeful Of Better Quality Of Work

 

Kuala Lumpur : QLASSICS Day – Anugerah Kecemerlangan Kualiti Pembinaan pada hari Khamis mengakhiri acara ICW 2019 dan pameran Asean Super 8 yang telah menempa kejayaan amat memberangsangkan.

 

Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian berkata, beliau yakin industri pembinaan akan mampu mencapai tahap kerja berkualiti tinggi berdasarkan Standard Industri Pembinaan (CIS).

 

Baru turut menggalakkan para peserta industri pembinaan untuk menerima pakai QLASSIC dan menghadiri latihan yang disediakan oleh CIDB. Beliau berkata ini akan memastikan agar para pembeli terus yakin dengan kualiti pembinaan manakala pemaju akan menjadi lebih komited ke arah melaksanakan QLASSIC.

 

“Ini akan menggalakkan pertumbuhan industri pembinaan negara dan saya percaya bahawa usaha sama antara agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta akan memenuhi aspirasi Jabatan Kerja Raya dalam mentransformasi industri pembinaan agar lebih maju dan bersaing di peringkat antarabangsa,” kata beliau.

 

Beliau turut menambah bahawa Kementerian Kerja Raya mensasar untuk membina sejuta buah rumah mampu milik yang mempunyai pensijilan QLASSIC dalam tempoh 10 tahun akan datang. Selain itu, Baru turut berkata bahawa bagi semua projek pembangunan baharu, CIDB telah menaikkan skor kebolehlaksanaan kepada 83% bagi tahun 2019 dengan tujuan untuk memastikan komitmen yang berterusan terhadap kualiti.

 

Ucapan beliau diikuti oleh majlis menandatangani aku janji pelaksanaan QLASSIC sebelum acara diteruskan dengan penyampaian anugerah QLASSIC 2019.

 

Sebanyak 15 pemilik projek, 17 kontraktor dan 18 arkitek menerima Anugerah Pencapaian QLASSIC melalui 10 projek pembangunan di mana kesemua projek tersebut mencapai skor QLASSIC 83%.

 

Anugerah Pencapaian QLASSIC tertinggi jatuh kepada Saujana Duta Fasa 2L, Seremban, Negeri Sembilan di bawah Pemilik Projek, Seremban Two Holdings Sdn. Bhd., Kontraktor Utama, Timbunan Bakti Construction Sdn. Bhd. dan Arkitek Projek, Design Collective Architecture Network Sdn. Bhd.

 

Pemenang berjaya mencapai 89% - skor QLASSIC paling tinggi pernah dicapai sejak ia mula dilaksanakan.

 

Sebelum itu, Pengerusi CIDB Malaysia, Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali berkata dalam ucapan pembukaan beliau bahawa QLASSICS menggalakkan pengamalan prinsip “Do It Right The First Time”.

 

“Skor QLASSICS boleh menjadi kriteria bagi memastikan para kontraktor mencapai kualiti dalam projek-projek pembinaan. Penskoran tidak akan mengambil kira kerja yang dilakukan semula setelah penilaian selesai,” kata beliau.

 

Beliau turut menjelaskan bahawa dalam usahanya untuk membantu dan mendidik, CIDB menyediakan latihan mengenai QLASSICS supaya para pemilik projek boleh melatih pasukan mereka dengan sewajarnya.

 

CIDB turut menggalakkan kesedaran di kalangan pemilik kediaman tentang manfaat QLASSICS, tambah beliau.

 

QLASSICS (Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan) dibangunkan oleh CIDB sebagai sistem untuk mengukur dan menilai kualiti kemahiran dalam kerja pembinaan bangunan berdasarkan Standard Industri Pembinaan (CIS).

 

Matlamat utama CIS adalah untuk meyediakan satu ukur rujuk bagi standard yang boleh diguna pakai oleh industri bagi mengukur kualiti prestasi setiap projek pembinaan secara objektif melalui satu sistem skor.  

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cidb.gov.my

 

[21 Mac 2019)

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04