cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

A Tropical Touch Of Air Wins UTM Team Grand Prize At OIC

Kuala Lumpur: Edisi ke 12 Pertandingan Idea Terbuka atau Open Ideas Competition (OIC) telah berlangsung di ICW 2019. Pertandingan reka bentuk yang unik ini berperanan merapatkan jurang antara para pelajar seni bina dan kejuruteraan awam di Malaysia.

 

Pertandingan ini dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Struktur Keluli Malaysia (MSSA) dan CIDB Malaysia.

 

Tema bagi tahun ini adalah Terminal Lapangan Terbang Serantau di mana reka bentuk penyertaan dikehendaki mencapai matlamat pemodenan berkaitan kemampanan, kebolehbinaan dan kefungsian. Para pelajar perlu mereka bentuk keluli pameran sebagai bahan struktur dan kemasan utama.

 

Mereka dikehendaki membina sebuah model bagi reka bentuk lapangan terbang mereka dan mempersembahkannya secara langsung. Para pelajar ditugaskan untuk mereka bentuk terminal lapangan terbang yang berkesan dari segi kos dengan penggunaan minimum bahan-bahan yang ditetapkan. Keluli adalah bahan utama dalam tugasan tersebut dan cabarannya adalah untuk meminimumkan unsur dekorasi. Dalam mengetengahkan rekaan model masing-masing, pelajar dikehendaki memilih tapak lapangan terbang sedia ada di Malaysia.

 

Pemenang hadiah utama adalah Pasukan RT0048 dari UTM dengan rekaan bertajuk ‘A Tropical Touch of Air’. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.

 

Ketua pasukan, Julius Wang Thye Chuan berkata: “Kami telah melalui perjalanan yang sungguh menyeronokkan di mana kami dapat banyak belajar daripada pengetahuan amali. Jujurnya, kami tidak menjangka akan menang. Idea kami adalah untuk menggabungkan bangunan terminal panjang menerusi satu konsep moden agar dapat memberikan susasana di rumah kepada penumpang, sebaik sahaja mereka sampai ke lapangan terbang.

 

Apabila projek mereka mula mendapat momentum, mereka mula menghargai tahap pendedahan dan pengalaman yang mereka peroleh. Menurut Wang, pengetahuan praktikal yang dikumpul daripada pengalaman menyertai pertandingan ini akan menjadi bekalan apabila beliau memasuki fasa latihan amali. Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyelia, rakan dan keluarga yang turut bersabar sepanjang perjalanan tersebut. Beliau juga amat berterima kasih khususnya kepada rakan sepasukan yang berdedikasi tinggi dan mencurahkan 100% usaha kepada projek ini.

 

Majlis penyampaian hadiah tersebut telah dirasmikan oleh presiden MSSA, Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Md Taha.

 

Tempat ke 2 dengan hadiah wang tunai sebanyak RM7,000 dimenangi oleh Pasukan RT0011 dari USM dengan rekaan mereka bertajuk ‘Neo-Intricate Bone’.

 

Ho Kar Meng, salah seorang pemenang hadiah ke 2 berkata, “Kami gembira dengan kemenangan ini. Bagi saya semua peserta adalah pemenang atas segala yang dipelajari sepanjang tempoh projek tersebut. Ramai yang telah membantu kami dan kami amat berterima kasih kepada setiap daripada mereka.”

 

Tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM5,000 dimenangi oleh Pasukan RT0004 dengan rekaan mereka bertajuk ‘Steel Tempurung’.

 

Wakil pasukan tersebut, Lio Shu Ni berkata kemenangan itu adalah di luar jangkaan. “Segala kerja keras dan tekanan disebabkan masa yang amat terhad dirasakan amat berbaloi memandangkan pengalaman yang dikutip sepanjang tempoh pertandingan. Tarikh penghantaran projek semakin hampir dan cuti semesta juga akan tiba! Semua ini benar-benar mengajar kami cara bekerja dalam tempoh yang terhad dan dalam suasana tertekan. Kami ingin melahirkan rasa terima kasih kami kepada para penyelia dan pengajar yang menunjukkan kepada kami kaedah untuk menganalisis.” Ahli-ahli kumpulan Shu ni cukup berpuas hati dengan kedudukan 10 teratas, namun kemenangan di tempat ke tiga menjadikan segala-galanya lebih manis.

 

 Senarai pemenang adalah seperti berikut:-

 

Juara – Pasukan RT0048 dari UTM

Julius Wang Thye Chuan

Wong Sheng Yuen

Chan Kei Wern

Jonathan Chong Kin Foo

Aw Khai Hoong

Chow Zhen Nam

 

Tempat ke 2 – Pasukan RT0011 dari USM

Azuary Asyraaf Abdullah

Mohd Firdaus Beddu

Muhammad Haikal Abdul Hamid

Ho Kar Meng

Nur Afiqah Azmi

Muhammad Khuzaimi Aziz

 

Tempat ke 3 – Pasukan RT0004 dari USM

Lee Jing Yang Justin

Muhammad Azwan Marzuki

Siti Khadirah Abdul Kadir

Muhammad Hisham Zainal Aznam

Lio Shu Ni Tng Kah Lok  

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cidb.gov.my

 

(March 21, 2019)

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04