cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

Project Management For Construction Professionals Challenges Life And Accreditation

 

Kuala Lumpur:Dua orang Pengurus Projek Pembinaan Bertauliah yang terkenal, Ir. Dr Muhammad Arkam Che Munaaim daripada Mega Jati Consult Sdn Bhd dan Hiew Chee Seng daripada WE Project Management PLT berkongsi pengalaman dan buah fikiran mereka tentang laluan kerjaya sebagai pengurus projek pembinaan, program CCPM oleh CIDB dan pengamalan BIM dalam industri pembinaan.

 

Ir. Dr. Arkam

 

Membina kerjaya sebagai seorang pengurus projek peminaan ada kalanya mencabar kerana ia memerlukan pelbagai kemahiran. Latihan tidak formal dalam industri pembinaan semata-mata tidak mencukupi untuk menjadikan seseorang berdaya saing dalam bidang ini. Latihan formal adalah perlu bagi memastikan supaya kelayakan pengurus projek pembinaan berada di tahap yang dikehendaki.

 

Bagi mematuhi Standard Daya Saing Nasional (NCS) Malaysia, CIDB Malaysia kini mengambil langkah untuk memperakui dan mengakreditasi para pengurus projek pembinaan melalui program CCPM.

 

Di bawah program ini, pengurus projek pembinaan boleh ditauliah menerusi tiga laluan, bergantung kepada kelayakan akademik dan pengalaman individu. Pendaftaran CCPM boleh dikekalkan melalui pungutan mata pembangunan profesional berterusan (CPD) diperlukan yang diberikan oleh CIDB. CIDB menggalakkan dan menjemput kakitangan pembinaan yang berminat menjadi pengurus projek agar memohon memasuki Program CCPM untuk mendapat pentauliahan.

 

Pensijilan melalui program ini penting bagi memastikan penambahbaikan kualiti kerja di tapak pembinaan dilakukan melalui pengurusan yang cekap oleh pengurus projek pembinaan berkelayakan. Selain menyediakan pengiktirafan dan peluang kerjaya kepada kakitangan pembinaan, program ini turut menyediakan peluang akreditasi bersistem bagi para pengurus projek pembinaan di peringkat nasional.

 

BIM dilihat sebagai masa depan industri pembinaan memandangkan kepentingan perisian ini dalam mempercepatkan pembangunan dalam industri tersebut. Ia membantu dalam pelbagai aspek termasuk penilaian & pengurangan risiko, pengurusan masa dan kos yang berkesan. Jangkaan yang meyakinkan boleh diberikan bahawa dalam tempoh lima tahun, semua projek pembinaan akan menggunakan perisian BIM.

 

Hiew Chee Seng

 

Secara umumnya, pengurus projek pembinaan yang tidak memiliki akreditasi/pensijilan tidak akan mempunyai pemahaman atau pengetahuan menyeluruh tentang industri pembinaan. Contohnya, jika berlaku isu keselamatan, pengurus projek akan merujuk masalah tersebut kepada pegawai keselamatan atau merujuk kepada individu yang bertanggungjawab dalam perancangan jika timbul isu berhubung penjadualan.

 

Tanpa kemahiran yang lengkap, pemantauan berkesan dan penyampaian kerja berkualiti tidak mungkin dicapai dalam sesebuah projek pembinaan. Melalui program CCPM, CIDB memastikan supaya para pengurus projek pembinaan dilengkapi dengan 15 pakej pembelajaran penting antaranya dalam pengurusan kualiti, pemerolehan, penyelesaian pertikaian dan pengurusan risiko. Mekanisma penyelarasan ini memastikan keseragaman kualiti dan daya saing pengurus projek pembinaan yang dikeluarkan oleh industri pembinaan Malaysia.

 

Pada masa ini, CIDB bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain seperti KKR bagi memastikan supaya para pengurus projek yang telah ditauliah oleh CIDB terlibat dalam projek-projek agensi tersebut. Setakat ini, 19 orang pengurus projek bertauliah sedang bekerja di bawah projek-projek KKR. CIDB juga sedang berusaha agar program CCPM mendapat akreditasi di peringkat antarabangsa.

 

Pengurusan Projek bagi Profesional Pembinaan: Cabaran, Kehidupan dan Akreditasi

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cidb.gov.my

 

[20 Mac 2019)

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04