cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

ICW2019 Tractors Malaysia Going Easy With New Tech Heavy Machinery

 

Kuala Lumpur:Ketua Jualan Serantau Tractors Malaysia, Tan Yew Koon memperkatakan tentang penyertaan mereka dalam ICW 2019. Syarikat tersebut menyambut ulang tahunnya yang ke 90 baru-baru ini.

 

S: Tractors Malaysia telah lama berkecimpung dalam industri pembinaan. Apa pandangan anda tentang masa lampau, masa kini dan masa depan jentera berat?

 

Pada masa ini, kami memasar, menyewakan dan mengedar jentera berat Caterpillar di Malaysia dan Brunei. Kita mempunyai wakil jualan di Singapura, Australia dan China. Caterpillar adalah syarikat terbesar di dunia yang mengeluarkan jentera kerja berat bagi kegunaan di kuari dan lombong serta memiliki rangkaian produk yang amat berpelbagai.

 

Baru-baru ini kami telah melancarkan jentera pengorek dan pemampat generasi baharu dengan ciri-ciri teknologi terkini. Pada masa lalu, kami memiliki jentera pengorek yang memerlukan tenaga manusia untuk mengira kecuraman cerun atau tahap mampatan. Kini, kami tidak lagi memerlukan sebegitu banyak tenaga manusia kerana jentera pengorek kami mempunyai ciri-ciri teknologi yang mampu mengira kecuraman dan pemampatan. Teknolohgi baharu ini dilancarkan di Australia tahun lepas dan satu lagi akan dilancarkan tidak lama lagi.

 

Teknologi sememangnya telah membantu kita meningkatkan produktiviti dan kecekapan di tempat kerja. Berbanding cara tradisional, kita mampu meningkatkan kecekapan sehingga 45%, mengurangkan penggunaan bahanapi sebanyak 20% dan merendahkan kos penyenggaraan sehingga 15%. Semuanya ini hasil kepantasan evolusi teknologi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan perubahan seterusnya dijangka akan berlaku dengan lebih pantas lagi.

 

Buat masa ini, kita masih memerlukan seorang operator untuk mengendalikan jentera, tetapi berkemungkinan pada masa depan, kita akan dapat mengurangkan lagi kos pekerja. Pengendalian jentera pada masa dahulu adalah lebih rumit dan kurang ciri-ciri canggih, namun kini ia menjadi lebih mudah dan ringkas.

 

Pembaharuan teknologi juga telah melengkapkan pelbagai ciri keselamatan pada jentera dan ini dapat mengurangkan kadar kemalangan. Malah, kita mempunyai ciri keselamatan berasaskan satelit yang mampu mengesan peralatan jika ia dicuri di mana GPS akan mencari lokasi jentera untuk kita menerusi sambungan produk yang kita miliki.

 

S: Adakah sukar untuk mendapatkan alat ganti dan perkhidmatan selepas jualan bagi menyenggara jentera-jentera berat ini?

 

Dahulu, apabila pelanggan memerlukan alat ganti, kami akan menugaskan kakitangan jualan untuk membantu mereka dan memberi khidmat selepas jualan. Seiring peredaran masa, kami kini telah membuka sebuah laman sesawang yang kami gelar Industrial Valet, perkhidmatan yang pertama sepertinya dalam industri. Pada asasnya, ia merupakan sistem pembelian atas talian, walaupun masih memerlukan kakitangan sebagai pembantu, namun adalah satu peralihan.

 

S: Bagaimana sambutan industri pembinaan Malaysia terhadap jentera berat dengan teknologi terkini?

 

Kami dapati Malaysia agak lambat menerima pakai Industri 4.0. Mereka kelihatan lebih memilih cara tradisional. Mereka masih kurang menyedari tentang peningkatan dari segi produktiviti dan penjimatan kos jika mereka menggunakan jentera terkini dalam pasaran. Malah, dengan menggunakan jentera terkini berserta penyenggaraan yang sewajarnya, mereka boleh menggunakan peralatan mereka lebih lama. Mungkin mereka berasa sukar untuk membiasakan diri dengan ciri-ciri seperti skrin sentuh, sistem penyejukan kompak dan pengendalian jentera.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cidb.gov.my

 

[20 Mac 2019)

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04