cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

ICW 2019 Taking The Construction Industry Forward With Drones

Kuala Lumpur:ICW 2019 telah menarik peserta industri paling terkemuka hinggalah kepada peserta baharu untuk menampilkan inovasi masing-masing seiring tren-tren mutakhir industri. Berikut adalah sedikit penjelasan oleh Cheong Jin Xi, CEO Poladrone Solutions, sebuah syarikat berpangkalan di Cyberjaya yang mengkhusus dalam memperkasakan industri berat melalui teknologi drone.

 

S : Boleh ceritakan sedikit mengenai Poladrone…

 

Segalanya bermula dengan minat terhadap drone di kalangan beberapa orang sahabat yang kemudiannya menjadi lebih serius. Penggunaan drone di Malaysia yang rata-rata untuk pengawasan dan pemeriksaan sebenarnya mempunyai potensi besar untuk diperluaskan. Poladrone diasaskan kira-kira tiga tahun lalu di mana industri perladangan merupakan pelanggan terbesar kami. Kini kami memiliki 15 model yang berharga antara RM500 – RM100,000. Terdapat pelbagai model yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Contohnya, terdapat ciri-ciri untuk pengimejan haba, fotografi dan visualisasi yang jelas peringkat tinggi. Ia turut memanfaat kepintaran termaju dengan ketepatan dipertingkatkan.

 

Q: Bagaimana drone boleh membantu industri pembinaan maju ke hadapan?

 

Industri pembinaan bukanlah pelanggan terbesar kami. Ia berada di tempat keempat dari segi penggunaan. Industri ini agak lambat dalam penerimaannya terhadap drone yang sebenarnya mampu membawa perubahan besar dan memudahkan operasi mereka. Secara umumnya, para pekerja peringkat pertengahan menyambut baik idea penggunaan drone, namun apabila perkara tersebut diketengahkan ke peringkat pengurusan, mereka akan menolak idea berkenaan. Ini mungkin kerana ia memperkenalkan perubahan melalui teknologi yang tidak ramai ingin menerimanya. Walau bagaimanapun, kami mempunyai program untuk menyedarkan mereka tentang kelebihan menggunakan drone. Ada kalanya, apabila mereka faham tentang manfaat yang dibawa, mereka akan menghantar kakitangan mereka untuk dilatih cara penggunaan drone di akademi kami.

 

S: Bolehkah anda terangkan tentang kemajuan dalam teknologi drone?

 

Drone-drone kami membawa kaedah yang selamat di tapak pembinaan bangunan tinggi. Ia boleh mempertingkatkan keselamatan dan menjimatkan kos serta masa. Tempoh kerja yang biasanya mengambil masa dua hari oleh pekerja binaan, boleh diselesaikan dalam tempoh 30 minit menggunakan drone. Drone boleh bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain dengan lebih pantas jika tapak pembinaan luas. Ia bukan hanya mampu mengumpul data selari dengan masa, malah pengimejan haba boleh mengesan keretakan pada dinding luar dan merupakah kaedah yang lebih selamat berbanding pekerja memanjat perancah. Drone juga boleh merakamkan gambar dan ini membolehkan penelitian bersistem terhadap peringkat pelaksanaan kerja.

 

S: Menurut pendapat anda, bagaimanakah drone akan berevolusi dan memainkan peranan yang lebih besar pada masa hadapan?

 

Impak yang dibawa oleh drone adalah jelas. Dalam tempoh tiga tahun sejak penubuhan syarikat, kami telah berjaya menembusi beberapa industri. Teknologi drone juga berevolusi dengan pantas sekali. Malah model-model baharu dijangka akan memasuki pasaran pada tahun depan, apatah lagi dalam tempoh tiga tahun. Kita perlu menumpu kepada bahagian yang melibatkan analisis di mana gambar diteliti secara manual. Hala tuju teknologi adalah ke arah pencapaian fungsi secara automatik dan masa sebenar. Saya pasti lebih banyak ciri akan ditambah kepada drone dalam tempoh terdekat.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cidb.gov.my

 

(20 Mac 2019)

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04