cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

ICW 2019 Asean Super 8 Visitors And Foreign Guests Are Impressed

 

Kuala Lumpur: Pameran ICW 2019 dan ASEAN Super 8 sedang berlangsung di mana peserta-peserta industri sibuk menampilkan inovasi masing-masing dan para pengunjung mencari pembekal, menjalin hubungan yang bermanfaat dan mengikuti tren-tren terkini industri.

 

Acara yang mendapat sambutan memberangsangkan itu mendapat pujian para pengunjung daripada pelbagai sudut. Tsebo Petlane dan Mongilala Senyakoe datang dari Johannesburg, Afrika Selatan, khusus untuk menghadiri acara tersebut. Kedua-dua mereka merupakan pemilik sebuah syarikat binaan dan turut menyediakan perkhidmatan keselamatan di negara asal mereka. Kehadiran kedua-duanya khusus untuk menyertai persidangan ICTC dan mengunjungi pameran.

 

“Anda tidak akan tahu dari mana peluang perniagaan seterusnya akan datang, itulah falsafah yang kami pegang. Kami mengetahui tentang peluang di Malaysia melalui ekspo Matrade di negara kami dan apabila kami dengar mengenai acara ini, kami mengambil keputusan untuk datang dan menerokai peluang perniagaan di sini. Kami amat berpuas hati dengan kontek yang kami kumpul dan keseluruhan pengurusan acara ini yang begitu profesional dan cekap.

 

Ian Dixon, Jurutera Elektro-Mekanikal Kanan, Maser & Quartzelec Services Sdn Bhd, telah berada di Malaysia selama kira-kira 10 tahun.

 

“Ini adalah kali pertama saya datang ke ICW dan saya telah pun berada di sini selama dua setengah jam, berbual-bual dengan dengan pembekal dan pelanggan potensi. Tidak sukar untuk saya bersiar-siar, malah saya telah pun berbual dengan tiga pembekal panel solar dan mengetahui bagaimana mereka boleh membantu syarikat saya. Saya sangat berpuas hati. Saya turut menemui pihak yang mungkin memerlukan perkhidmatan kami – sebuah syarikat penjanaan tenaga sokongan – luar pesisir, minyak dan gas – pendeknya di mana sahaja anda perlukan tenaga.”

 

 

 

ICW 2019 Asean Super 8 Visitors And Foreign Guests Are Impressed 2

 

Tiga orang pelajar kejuruteraan awam dari Universiti Sains Malaysia, Brahmayudan, Lee Choon Wei dan Phoon Kok Kin, telah mengendalikan gerai pameran mereka dan bersiar-siar di tapak pameran serba baharu di MITEC ini, yang mana menurut Choon Wei, venue yang lebih sesuai untuk ICW kerana “ia merupakan sebuah struktur bertaraf ikon dan merealisasikan nilai industri pembinaan”. Kok Kin pula menambah, “Saya suka bagaimana mereka memanfaat ruang di sini – pembahagian antara acara persidangan, pameran dan peragaan,” Brahmahyudan pula berkata, “Saya berasa sungguh teruja menjadi sebahagian daripada acara besar begini dan saya pasti pengalaman ini amat berguna kepada kami, jurutera awam masa hadapan.”

 

Hanimas, Rakan Sekutu dalam Bahagian Pengurusan Pelaburan di Lembaga Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) adalah pengunjung kali pertama di ICW. “Saya menyertai rangkaian ini memandangkan kami banyak terlibat dalam aktiviti promosi tenaga, minyak dan gas serta ekonomi bio bagi wilayah pantai timur. Saya ke sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembangunan dan strategi, malah mungkin memantau para pelabur potensi bagi wilayah pantai timur. Namun setelah sampai di sini, saya amat tertarik dengan seminar-seminar yang diadakan. Pada pendapat saya seminar tersebut amat berguna khususnya yang berkaitan dengan bandaraya pintar dan tenaga solar.”

 

R. Nathan yang bakal bergelar CEO di Bestium Technologies, sebuah syarikat penyepadu sistem yang mengkhusus dalam perkidmatan sokongan bagi pelbagai keperluan komunikasi masa kini, baik berwayar atau tanpa wayar, yang merangkumi Akses Rangkaian, LAN, WAN, Transmisi serta produk Edge dan Core. Mereka merupakan ahli Persatuan Fotovolta Malaysia. “Saya datang dengan pasukan saya untuk menerokai perkembangan terbaharu dalam industri – untuk melihat perkara-perkara yang boleh kami masukkan dalam perniagaan kami yang merangkumi telekomunikasi hinggalah kepada tenaga boleh diperbaharui. Sukacita saya nyatakan bahawa, banyak teknologi berkaitan dipamerkan di sini, khususnya dalam bidang berkaitan tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan solar.”

 

Pameran ini berakhir pada 21 Mac. 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cidb.gov.my

 

(20 Mac 2019)

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04