cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

ICTC 2019 Q A How Do We Build Smarter Cities

Kuala Lumpur : Sebuah panel perbincangan bertajuk ‘Building Smarter Cities’ memberi gambaran, antara lain, tentang keadaan masa depan di mana Revolusi Perindustrian 4.0 dan Internet of Things (IoT) memainkan peranan yang lebih besar.

 

Panel yang dikendalikan oleh Ar. Saifuddin Ahmad, Pengarah SNO Architects Sdn. Bhd., Malaysia, sebagai moderator, menampilkan ahli panel yang terdiri daripada Ng Pek Har, Dr Muhammad Imran Sarwar dan Ir. Dr. Julian Lee.

 

Berikut adalah Q&A daripada sesi tersebut:

 

S : Kediaman atau bandaraya pintar banyak bergantung kepada gajet seperti iPad atau tablet bagi membolehkan penggunaan IoT. Walau bagaimanapun, gangguan sering terjadi disebabkan oleh kemaskini gajet-gajet tersebut. Bagaimana kita menyelesaikan masalah ini?

 

Dr Sarwar: Soalan ini sungguh relevan. Kemaskini terdiri daripada kemaskini lembut atau keras (soft dan hard). Kemaskini lembut berlaku apabila diperlukan dan tidak mengganggu fungsi penyelesaian gajet, manakala kemaskini keras berlaku kira-kira dua bulan sekali. Penyelesaian yang baik seperti Honeywell dan Amazon tidak menawarkan banyak kemaskini kerana di peringkat awal, penyelesaian tersebut perlu melalui jaminan dan ujian kualiti yang ketat termasuk ujian versi beta dan lembut bagi mengesan virus sebelum dilancarkan. Penyelesaian yang baik dan terkemuka sepatutnya tidak mendatangkan masalah kepada pengguna sehingga mengganggu penggunaan dan fungsi peranti.

 

Ir Dr Lee : Pasaran terbuka dalam bidang ini adalah penting dan pilihan pengguna kepada barangan dan aplikasi yang boleh dipercayai tidak akan terhad, membolehkan pengguna menukar aplikasi apabila perlu bagi mendapatkan perkidmatan terbaik yang bersesuai dengan keperluan mereka.

 

S : Adakah konsep bandaraya pintar mengambil kira kemungkinan serangan siber dan aspek perlindungan data?

 

Dr Sarwar : Ya. Antara kes yang terkenal termasuk kes serangan ke atas grid tenaga bagi seluruh bandaraya di mana penggodam turut mematikan bekalan tenaga ke hospital yang diperlukan dalam pembedahan kritikal. Adalah amat penting untuk memastikan kesiapsiagaan langkah-langkah dan algoritma keselamatan. Bagi membuktikan fakta ini, kami telah menggodam para pengguna di kalangan pelanggan Starbucks yang mengakses WIFI percuma kafe tersebut di mana kami berjaya memperoleh akses kepada maklumat 10 – 15 orang pengunjung dalam tempoh beberapa minit. Justeru, bagi bandaraya pintar, adalah menjadi tanggungjawab pemaju perisian bagi memastikan supaya kelemahan perisian mereka sentiasa diurus dan diatasi. Blockchain boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian sedemikian kerana setakat ini ia tahan gangguan dan tidak berpusat.

 

S : Satu fakta menarik adalah Jepun tidak termasuk dalam 15 bandaraya pintar sedangkan mereka mempunyai reputasi dan terkenal dengan kepakaran dalam bidang ini. Adakah kesesuaian bandaraya pintar bukan untuk semua?

 

Ir Dr Lee : Ini terjadi bukan kerana mereka tidak turut serta membangunkan bandaraya pintar, tetapi ia mungkin disebabkan oleh takrifan dan ukuran yang digunakan bagi bandaraya pintar yang tidak meletakkan bandar-bandar di Jepun di kalangan 10 bandaraya paling pintar.

 

Dr Sarwar : Dalam kajian seperti yang disediakan oleh Accenture, Tokyo adalah salah sebuah bandaraya pintar paling terkemuka sehingga 2013 sebelum ia jatuh daripada kedudukan tersebut. Perlumbaan menjadi bandaraya ‘lebih pintar’ menjadi semakin sengit dan turut memfokus kepada evolusi teknologi yang berlaku dengan begitu pantas, sehinggakan teknologi hari ini mungkin akan menjadi ketinggalan pada hari esok. Secara mudahnya, bandaraya-bandaraya lain didapati melaksanakan dan maju dengan lebih pantas daripada Jepun, sehingga negara tersebut ketinggalan dalam perlumbaan ini. Walau bagaimanapun, Jepun telah lama melaksanakan dasarnya berhubung bandaraya pintar dan pada masa ini, ia berada di tangga ke 17. Mereka masih menjadi model yang baik untuk dicontohi. Negara-negara seperti Singapura yang melaksanakan aktiviti bandaraya pintarnya secara agresif boleh melakukannya dengan lebih pantas disebabkan oleh saiz negara tersebut. Itulah sebabnya mengapa ia satu-satunya negara yang berjaya mencapai anugerah bandaraya pintar, negara pintar.

 

Ng : Jepun mungkin tidak berada di tempat teratas, namun ia masih juara dalam bidang ini memandangkan ia berjaya menyepadukan gaya hidup dan kehidupan mampan dalam semua aspek negara tersebut – dengan memfokus kepada rakyat, budaya, tradisi dan lain-lain. Kita akui usaha ini amat kita kagumi dan mengajar kita tentang erti kemampanan yang sepatutnya melangkau lebih daripada gajet dan teknologi.

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cidb.gov.my

 

(20 Mac 2019)


 

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04