cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

PENGENALAN

            Konsep perkhidmatan fasiliti dan penyenggaraan bangunan / infrastruktur secara bersepadu telah menjadi tren semasa kepada pemilik kompleks bangunan / infrastruktur yang berskala besar, canggih, serta berprestij. Amalan penjagaan fasiliti merupakan kombinasi antara aktiviti operasi dan penyenggaraan serta perkhidmatan fasiliti. Perkembangan industri perkhidmatan fasiliti ini amat menggalakkan.

            Sebagaimana perkhidmatan fasiliti di kebanyakan negara lain di seluruh dunia, Pengurusan Fasiliti atau Facility Management (FM) di Malaysia, menekankan kepentingan menguruskan kemudahan dan persekitaran yang dibina supaya ia memenuhi tujuan reka bentuk dan fungsi bangunan dan memberi kepuasan kepada pelanggan serta pengguna.

            Peranan kontraktor fasiliti dijangka akan menjadi lebih mencabar dan penting pada masa akan datang. Terdapat keperluan kontraktor fasiliti untuk terus membangun dan memperoleh kemahiran yang lebih canggih, pengetahuan yang lebih meluas dan prosedur kerja yang lebih efektif seiring dengan kemajuan teknologi, ekonomi dan sosial agar dapat bersaing di peringkat global.

            Bagi tujuan menambahbaik keupayaan kontraktor fasiliti yang berdaftar dengan Lembaga, tahap kompetensi pengarah syarikat dan pegawai teknikal perlu diukur dan ditauliahkan melalui program pentauliahan dan akreditasi Pengurus Pengurusan Fasiliti (Facility Management Manager) dan Eksekutif Pengurusan Fasiliti (Facility Management Executive) berdasarkan standard kompetensi yang dibangunkan oleh pihak Lembaga. Pihak Lembaga juga telah mensyaratkan hanya syarikat kontraktor yang mempunyai Pengarah Syarikat/Pegawai Teknikal yang telah diukur dan diakui pentauliahannya sahaja yang layak untuk dipertimbangkan untuk didaftarkan sebagai Kontraktor Fasiliti dengan pengkhususan F01 dan F02. Namun, pentauliahan ini tidak terhad kepada personel binaan yang terlibat atau bekerja dengan kontraktor, tetapi dibuka kepada mana-mana personel binaan yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga.

            Oleh itu, bagi tujuan pendaftaran dengan Lembaga, pengarah syarikat dan pegawai teknikal bagi pengkhususan kontraktor fasiliti F01 dan F02 serta mana-mana personel binaan yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja pengurusan fasiliti adalah dikehendaki dan digalakkan memohon dan hadir untuk mendapatkan pentauliahan dari pihak Lembaga pada sesi penilaian ini.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN DAN PENTAULIAHAN BAGI PENGURUS / EKSEKUTIF PENGURUSAN FASILITI

Jadual 1: Syarat-syarat permohonan dan pentauliahan bagi Pengurus Pengurusan Fasiliti

Kategori Kelayakan Minima Akademik Kelayakan Minima Tahun Pengalaman dalam Bidang Pengurusan Fasiliti / Pembinaan / berkaitan

Kaedah I

Latihan dan Penilaian

Kaedah II

Penilaian Sahaja

Kaedah III

Pengiktirafan Melalui Tahap Pendidikan dan Pengalaman

1 Professional berdaftar (Ir., Ar., Sr., PhD) 2 3 5
2 Sarjana dalam bidang Pengurusan Fasiliti 3 5 6
3 Sarjana dalam bidang berkaitan Pembinaan 3 5 6
5 Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Fasiliti 5 7 10
6 Sarjana Muda dalam bidang berkaitan Pembinaan 5 7 10
7 Sarjana Muda dalam bidang bukan berkaitan Pembinaan 8 10 12
8 Sijil Antarabangsa dalam bidang Pengurusan Fasiliti (contoh: BIFM(UK), IFMA) 3 6 8

* HANYA Kaedah III dibuka bagi sesi penilaian tahun 2018.

Jadual 2: Syarat-syarat permohonan dan pentauliahan bagi Eksekutif Pengurusan Fasiliti

Kategori Kelayakan Minima Akademik Kelayakan Minima Tahun Pengalaman dalam Bidang Pengurusan Fasiliti / Pembinaan / berkaitan

Kaedah I

Latihan dan Penilaian

Kaedah II

Penilaian Sahaja

Kaedah III

Pengiktirafan Melalui Tahap Pendidikan dan Pengalaman

1 Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Fasiliti 2 4 5
2 Sarjana Muda dalam bidang Pembinaan 5 8 10
3 Sarjana Muda dalam bidang bukan Pembinaan 8 10 12
5 Diploma dalam biadng Pengurusan Fasiliti 5 8 10
6 Diploma dalam bidang bidang Pembinaan 8 10 12
7 Diploma dalam bidang bukan Pembinaan 10 12 15

* HANYA Kaedah III dibuka bagi sesi penilaian tahun 2018. 

OBJEKTIF PENTAULIAHAN

  1. Mempertingkatkan kualiti pengurusan fasiliti pembinaan yang dilaksanakan oleh personel yang berkelayakan, bertauliah dan kompeten.
  2. Memastikan Pengurus Fasiliti dan Eksekutif Fasiliti menepati kehendak National Occupational Skill Standard (NOSS) atau standard terkini yang dibangunkan oleh industri.
  3. Memenuhi syarat-syarat pendaftaran kontraktor Fasiliti bagi kod bidang F01 dan F02.
  4. Menyediakan platform pendaftaran dan akreditasi yang sistematik.

KUMPULAN SASARAN

Pentauliahan ini dibuka kepada semua personel binaan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pengurusan fasiliti bangunan dan infrastruktur serta memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan, terutamanya Pengarah Syarikat dan Pegawai Teknikal dari kontraktor-kontraktor yang melaksanakan bidang Pengurusan Fasiliti Bangunan dan Infrastruktur Am, Pengurusan Fasiliti Bangunan Penjagaan Kesihatan.

 

KAEDAH PENILAIAN

Hanya Kaedah III iaitu Kaedah Pengiktirafan Melalui Tahap Pendidikan dan Pengalaman (Recognised Prior Learning and Experience, RPLE) atau lebih dikenali sebagai Sesi Temuduga, dibuka untuk tahun 2018.

 

MAKLUMAT PERLAKSANAAN SESI PENILAIAN

Pemohon akan diberikan maklumat perlaksanaan sesi penilaian melalui surat jemputan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga.

 

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Borang Permohonan untuk mendapatkan Pentauliahan Pengurus / Eksekutif Pengurusan Fasiliti boleh dimuat turun dari laman web CIDB di www.cidb.gov.my/media/muat_turun_borang/Program_Penyeliaan_dan_Pengurusan_Pembinaan

 

NATIONAL OCCUPATIONAL SKILL STANDARD (NOSS) UNTUK PENGURUS PENGURUSAN FASILITI (LEVEL 5) DAN EKSEKUTIF PENGURUSAN FASILITI (LEVEL 4)

Pemohon boleh memuat turun NOSS bagi Pengurus Pengurusan Fasiliti (Level 5) dan Eksekutif Pengurusan Fasiliti (Level 4) untuk dijadikan panduan mengisi Borang Permohonan (Bahagian II). Sila rujuk pautan www.cidb.gov.my/media/muat_turun_borang/Program_Penyeliaan_dan_Pengurusan_Pembinaan

 

TARIKH AKHIR MENGHANTAR PERMOHONAN

Permohonan dibuka sepanjang tahun. Pemohon boleh menghantar permohonan pada bila-bila masa ke alamat yang telah ditetapkan.

 

SURAT JEMPUTAN

Surat jemputan kepada pemohon akan dikeluarkan oleh pihak Lembaga bersama-sama maklumat kehadiran dan Panduan Menghadiri Sesi Penilaian.

 

GARIS PANDUAN PROGRAM

Sila muat turun Garis Panduan Permohonan Pentauliahan Pengurus Pengurusan Fasiliti dan Pentauliahan Eksekutif Pengurusan Fasiliti untuk informasi lanjut.

 

RUJUKAN MAKLUMAT DAN PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai Program Pentauliahan Pengurus Pengurusan Fasiliti dan Program Pentauliahan Eksekutif Pengurusan Fasiliti hendaklah dikemukakan kepada:

 

Pengurus Besar

Bahagian Kompetensi Penyeliaan dan Pengurusan

Sektor Personel Binaan

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Tingkat 35, Menara Dato’ Onn, PWTC

No. 45, Jalan Tun Ismail

50480 Kuala Lumpur

 

Pegawai              :    Nadzhatul Syamiru Usmaiza binti Othman / Muhammad Ikhsan Sharif Abdul Rajak / Hanishahani binti Othman

Emel Pegawai         :    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Telefon              :    03 – 4047 7000 / 7326 / 7348 / 7321

No. Faksimili           :    03 – 4047 7310

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04