cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

TAJUK : SIRI JELAJAH MALAYSIA CARBON REDUCTION AND SUSTAINABILITY TOOL (MYCREST) & SEMINAR AMALAN BAIK TEKNOLOGI HIJAU DALAM PEMBINAAN

 

 

fa55c8bad0e242eb7986dc1135b50adb XL

 

 

PENGENALAN

Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah melancarkan Malaysian Carbon Reduction and Environmental Sustainability Tool (MyCREST). MyCREST merupakan sebuah sistem PENILAIAN BANGUNAN HIJAU yang bertujuan untuk membimbing, membantu, mengukur, seterusnya mengurangkan kesan alam bina dari segi pelepasan karbon dan kesan alam sekitar. Pihak CIDB Malaysia dan CREAM melalui Sustainable Construction Excellence Centre (MAMPAN) akan mengadakan Siri Jelajah (Roadshow) bagi memperkenalkan MyCREST dan memberikan pendedahan kepada penggiat indusri berkaitan amalan baik pembinaan mampan serta insentif-insentif yang berkaitan dengannya. Program ini merupakan hasil kerjasama bersama rakan strategik iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Malaysian Green Technology Corporation (GreenTECH Malaysia) dan Real Estate & Housing Developer’s Association Malaysia (REHDA).

 

Program tersebut akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

 

BIL TARIKH HARI LOKASI
1 8 Ogos 2017 Selasa Hatten Hotel, Melaka
2 22 Ogos 2017 Selasa Eastin Hotel, Pulau Pinang
3 26 September 2017 Selasa Pullman Hotel, Kuching, Sarawak
4 10 Oktober 2017 Selasa Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
5 14 November 2017 Selasa Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur

 

Objektif penganjuran Roadshow dan Seminar:

 

• Memperkenalkan sistem Malaysia Carbon Reduction and Sustainability Tool (MyCREST) kepada penggiat industri pembinaan di Malaysia
• Memberikan pendedahan kepada penggiat industri berkaitan amalan baik dalam pembinaan, insentif, dan program berkaitan yang menyokong pembinaan mampan.
• Berkongsi pengalaman pembinaan mampan daripada projek terpilih kepada peserta.
• Menjadikan platform perkongsian pintar antara rakan strategik dan pihak industri.

 

Sila muat turun borang pendaftaran di SINI.

iso 01iso 02

iso 03iso 04