cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

AMP Sarawak

 

 

 

KUCHING: “Terkejut dan gembira!” - itulah ungkapan daripada dua wartawan The Borneo Post apabila mendapati artikel mereka dipilih sebagai pemenang untuk Anugerah Media Pembinaan (AMP) CIDB bagi negeri Sarawak.


Rachel Lau Ker Qing dan Yvonne Tuah Merawin memberitahu bahawa mereka tidak menyangka akan memenangi tempat pertama dan ketiga bagi kategori media cetak AMP dalam satu majlis yang diadakan pada November 18, 2017.


"Ini pernyertaan pertama saya dan saya tidak menyangka yang saya akan menang tempat pertama. Saya sungguh terkejut apabila dimaklumkan oleh CIDB tentang perkara ini," Rachel berkata ketika dihubungi.


"Pada asalnya saya hanya mengikuti perkembangan isu IBS. Seterusnya isu ini mendatangkan kesan yang mendalam bagi saya. Lalu saya teruskan dengan penulisan artikel ini.


"Terima kasih kepada CIDB dan mereka yang memilih artikel saya untuk dijadikan sebagai pemenang," tambah Rachel yang mengungguli tempat pertama dengan artikalnya yang bertajuk 'Roadblocks in adopting IBS in Sarawak'.


Yvonne turut meluahkan rasa yang sama dengan memberitahu bahawa beliau sangat teruja dengan kemenangan ini.


Beliau berkata bahawa tujuan asal beliau menulis tentang rencana kemenangan beliau adalah untuk memberitahu rakyat Sarawak tentang situasi sebenar di Bumi Kenyalang.


"Saya cuma mahu berkongsi cerita dan berkongsi maklumat tentang apa yang sedang berlaku di Sarawak. Saya sungguh gembira dan tidak sangka akan dipilih sebagai salah seorang pemenang," Yvonne menambah. Yvonne memenangi tempat ketiga dengan artikalnya 'China construction firms: Friend or foe?'.


Tempat kedua pula dimenangi oleh penulis dari akhbar Utusan Sarawak, Haini Darani, yang bertajuk 'Memenuhi standad lestari dan berdaya tahan - komitmen padu Lebuhraya Borneo Utara Sdn. Bhd'.

Tahun lalu, Haini memenangi tempat ketiga. Beliau yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman berkata bukan sesuatu yang mudah untuk menyiapkan rencana tersebut kerana memerlukan penyelidikan dan bacaan yang banyak.


"Tugas saya untuk menyiapkan rencana setiap minggu bukanlah satu perkara yang mudah. Saya perlu banyak membaca dan banyak membuat kajian.


"Oleh itu, saya rasa amat bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada pihak CIDB serta rakan sekerja yang tidak putus-putus memberi sokongan," Haini berkata.


Kesemua pemenang masing-masing menerima wang tunai RM5,000, RM3000 dan RM2,000 serta trofi kemenangan dan sijil penghargaan.


Bagi kategori Media Elektronik & Online Broadcasting, stesen penyiaran TV3 Kuching memenangi tempat pertama menerusi liputan 'Pan Borneo Semantan'. RTM Kuching ditempat kedua bagi liputan 'Projek Pan Borneo Jajaran Telok Melano-Semantan' dan RTM Sibu menerima anugerah merit bagi liputan 'Jambatan Kanowit'.


Tiada pemenang pertama atau kedua untuk kategori Anugerah Fotografi. Jurugambar The Star, Zulazhar Sheblee dan Muhamad Razali Nordin dari Bernama menerima anugerah merit dengan masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000 dan sijil penghargaan.


Kesemua anugerah disampaikan oleh Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof.


Sementara itu, Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Dato’ Ir Ahmad 'Asri Abdul Hamid dalam ucapannya berkata peranan media adalah sangat penting dalam memberi pemahaman kepada publik terhadap agenda transformasi nasional di bawah Program Transformasi Industri Pembinaan 2016-2020 (CITP).


"Penganjuran AMP setiap tahun adalah sebagai platform untuk para media berkarya sekaligus membantu CIDB menghebahkan segala inisiatif dan pencapaian, lebih-lebih lagi di saat CITP berada di titik tengah pelaksanaannya bagi menyediakan Malaysia ke arah sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020,” kata beliau.


"Oleh yang demikian, semua wartawan dan jurufoto dialu-alukan untuk menghantar lebih banyak karya berkaitan industri pembinaan untuk dicalonkan dalam AMP 2018," tambahnya.


CIDB turut memberi penghargaan kepada mereka yang banyak membantu menghebahkan program CIDB menerusi Anugerah Khas Media Sosial CIDB 2017 yang diterima oleh Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusof menerusi akaun Twitternya @PetraJayaMP, dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin menerusi akaun Twitternya @rosnah_ars.

Penerima lain bagi anugerah khas ini ialah Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kerja Raya, Misiah Taib; Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Kerja Raya, Noreha Mohd Ripin dan @MOWorks yang diuruskan oleh Seksyen Media Strategik KKR.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2015, AMP telah menerima penyertaan yang memberangsangkan daripada pengamal media seluruh negara. Untuk tahun 2017, AMP yang mendapat kerjasama KKR dan Malaysian Press Institute (MPI) menerima penyertaan sebanyak 209 penyertaan daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak membabitkan media cetak, elektronik dan online.

Sebelum ini AMP 2017 telah diadakan di Sabah and Semenanjung Malaysia.

 

[November 24, 2017]

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04