cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

operasi penguatkuasaan bersepadu

 

 


KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,093 notis untuk pelbagai kesalahan membabitkan kontraktor dan personel binaan telah dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia bermula awal Januari 2017 sehingga Ogos 2017.

  

Daripada jumlah itu, sebanyak 334 notis adalah melibatkan Seksyen 33 (1) iaitu kesalahan pendaftaran, akreditasi dan latihan personel binaan (Seksyen 33 dan 33 (A),160 notis melibatkan Seksyen 25 (1) iaitu kesalahan perakuan pendaftaran kontraktor manakala 41 notis lagi adalah kesalahan Subseksyen 34 iaitu tidak mengistiharkan projek disamping kegagalan menjelaskan bayaran levi dalam tempoh yang dtetapkan.

  

Notis terbanyak dikeluarkan di Negeri Sarawak iaitu sebanyak 540 notis diikuti Johor (325), Selangor (296), Terengganu (281), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (242), Sabah (236) dan selebihnya lain-lain negeri.

 

Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ir. Ahmad 'Asri Abdul Hamid berkata, kesemua notis berkenaan dikeluarkan hasil daripada operasi bersepadu bersama agensi kerajaan berkaitan serta risikan dan lawatan mengejut penguatkuasa CIDB di seluruh negara ke tapak-tapak bina yang telah dikenal pasti.

 

"CIDB sentiasa memandang serius pematuhan kerja pembinaan terutamanya yang menyentuh aspek keselamatan awam.

 

"Sebab itu, CIDB akan terus membuat pemantauan dan tidak teraga-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana kontraktor dan personel binaan yang ingkar dalam mematuhi kehendak undang-undang bertulis khususnya yang termaktub dalam Akta 520," katanya.

Terbaru, CIDB menerusi cawangan CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjalankan Operasi Penguatkuasaan Bersepadu antara pelbagai jabatan ke sebuah projek pembinaan yang bernilai RM284 juta di ibu negara.

 

Beberapa anggota penguatkuasa terlibat dalam operasi itu, yang terdiri daripada CIDB seramai 16 orang, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (7), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (35), Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (63), Polis Diraja Malaysia Kontinjen Kuala Lumpur (8), Angkatan Pertahanan Awam (8) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (83).

 

Hasil daripada operasi tersebut didapati 169 daripada 261 pekerja binaan yang diperiksa tidak memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan menyebabkan CIDB mengeluarkan notis mengikut Seksyen 33 (1) dan 33 (A) yang membolehkan personel binaan dikenakan kompaun maksimum RM2,500 sekiranya disabitkan bersalah.

 

Manakala seramai 101 pekerja asing lagi turut ditahan oleh Jabatan Imegresen atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959 (Akta 155) selain pengenaan kompaun di bawah Seksyen 70 Akta Jalan dan Parit Bangunan 1974 oleh DBKL.

 

Dalam operasi itu juga, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut mengeluarkan notis penutupan tapak mengikut Seksyen 8, 3 (AA) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) yang membolehkan mereka di denda maksimum sebanyak RM50,000 atau penjara 5 tahun jika disabit kesalahan.

 

 

[7 November 2017] 

iso 01iso 02

iso 03iso 04