cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

 ABM Timur

Pelatih Cemerlang ABM Timur

 KUALA BERANG: Seramai 77,000 personel binaan yang terdiri daripada warga tempatan telah berjaya perolehi latihan kemahiran di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur sejak penubuhannya 19 tahun lepas.

 

Daripada jumlah itu, 21,556 adalah dari Program Latihan Kemahiran Belia, 36,045 dari Program Latihan Kemahiran Personel Binaan sementara selebihnya dari Program Latihan Kemahiran Kerjasama Industri.

 

Manakala, dari tahun 2010 sehingga Ogos 2017 pula, seramai 209,630 belia dan personel binaan telah mengikuti program latihan kemahiran di enam pusat latihan ABM seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

 

Timbalan Menteri Kerjaraya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kerajaan berhasrat untuk menyediakan tenaga kerja berkemahiran dan berpendapatan tinggi menjelang 2020 melalui Rancangan Malaysia ke Sebelas (RMKe-11).

 

"Saya melihat usaha CIDB menerusi ABM ini mampu mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran dan berpendapatan tinggi dalam bidang pembinaan. Ini sejajar dengan teras strategik produktiviti di bawah Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP).

 

"Pertemuan saya dengan alumni ABM yang telah menjadi usahawan pembinaan selain bekerja di dalam pelbagai tred pembinaan adalah bukti bahawa pencapaian akademik bukanlah satu-satunya jalan untuk memperoleh pendapatan lumayan dan masa depan yang cerah," katanya ketika berucap dalam Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur hari ini (19 September, 2017).

 

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Tengku Putera Tengku Awang, Exco Perindustrian & Perdagangan Negeri Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang yang mewakili Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd. Rahman.

 

Turut hadir Pengerusi CIDB Malaysia Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali dan Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Dato’ Ir. Ahmad ‘Asri Abdul Hamid.

 

Seramai 130 pelatih ABM Wilayah Timur yang berjaya menamatkan latihan mereka melalui Program Latihan Kemahiran Belia dan juga Program Latihan Kemahiran Personel Binaan diraikan hari ini.

 

Jumlah itu adalah termasuk 15 pelatih cemerlang di bawah Program Latihan Kemahiran Belia dan lima orang pelatih cemerlang di bawah Program Latihan Kemahiran Personel Binaan.

 

Seramai 31 jurulatih ABM pula menerima 'Certificate IV Training & Assessment' (TAE 40110) dari Australia atas kejayaan menamatkan kursus kompetensi tersebut.

 

Pada masa yang sama 15 rakan kolaborasi industri turut diiktiraf atas sumbangan mereka dalam meningkatkan industri pembinaan menerusi perkongsian pengalaman dan pengetahuan.

 

Selain itu, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan CIDB MyIBS Sdn. Bhd turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk pelaksanaan Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) dan pembangunan modal insan bagi industri pembinaan di Terengganu.

 

Manakala, SIPCO Sdn. Bhd. dan CWORKS Technologies Sdn. Bhd. pula memeterai MoU dengan CIDB Malaysia untuk inisiatif pembangunan modal insan.

 

ABM adalah pusat penilaian dan latihan di bawah kendalian CIDB yang memberi peluang kepada golongan belia dan personel mendalami kemahiran dalam industri binaan.

 

Sebanyak enam kampus ABM beroperasi di koridor ekonomi seluruh Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Kedah, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

 

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.akademibinaan.com.my

 

Klik disini untuk baca siaran khabar

 

[19 September 2017]

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04