cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

perakuan pendaftaran

 

KUALA LUMPUR: Pemilik rumah adalah diingatkan agar menggunakan khidmat kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah.

 

Peringatan ini bagi mengelakkan pemilik rumah tertipu atau menanggung kerugian wang, kualiti binaan serta berdepan dengan risiko keselamatan apabila menggunakan perkhidmatan kontraktor yang tidak berdaftar dengan CIDB.

 

Sebelum ini, CIDB ada menerima aduan daripada pemilik rumah yang ditipu oleh kontraktor tidak berdaftar yang melakukan kerja ubahsuai secara sambil lewa dan tidak mengikut tempoh waktu siap kerja yang dipersetujui walaupun wang pendahuluan telah di bayar oleh pemilik rumah.

 

Ketua Eksekutif CIDB Dato’ Ir Ahmad 'Asri Abdul Hamid mengingatkan bahawa mana-mana kontraktor yang tidak berdaftar tetapi melakukan kerja-kerja pembinaan dan ubahsuai boleh di dakwa dan didenda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 di bawah Akta 520.

 

Statistik yang dikeluarkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), mendapati sebanyak 179 kes pertikaian membabitkan pengubahsuaian rumah dengan nilai tuntutan hampir RM2 juta telah diterima sepanjang tahun 2016.

 

Sementara sehingga April 2017 pula, sebanyak 76 kes pertikaian dari seluruh negara telah diterima oleh biro berkenaan membabitkan lebih RM782 ribu nilai tuntutan.

 

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan kontraktor berdaftar di portal CIDB.

 

15 Jun, 2017

iso 01iso 02

iso 03iso 04