cidb d

 

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menggesa agar semua pihak menggunakan bahan binaan yang mematuhi standard yang diluluskan untuk menjamin kualiti binaan dan keselamatan pengguna.

Ketua Eksekutif CIDB, Dato Ir Ahmad 'Asri Abdul Hamid berkata sesiapa yang berurusan dengan bahan binaan yang disenaraikan dalam Jadual Keempat tanpa Perakuan Pematuhan Standard (PPS) daripada CIDB boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak melebihi RM500,000 mengikut Akta 520.

 

cidb 1

"Semua pihak termasuk kontraktor, pemilik projek, pengedar dan pengilang bahan binaan digesa untuk memastikan bahan-bahan binaan yang digunakan dalam pembinaan mempunyai PPS yang sah," katanya.

 

Jelasnya, kegagalan mereka mematuhi standard berkenaan akan menyebabkan mereka berdepan dengan tindakan undang-undang

Berikut adalah kategori bahan binaan yang dikuatkuasakan di bawah Jadual Keempat, Subseksyen 33c (1), Akta 520.

  1. Peralatan kebersihan termasuk sinki dan tandas seramik
  2. Jubin seramik
  3. Paip seramik

  4. Simen
  5. Sistem kekuda bumbung kayusiap
  6. Cerucuk konkrit pra-tuang

  7. Bahan penebatan
  8. Kaca
  9. Kepingan rata simen gentian yang tidak mengandungi asbestos
  10. Sawar sinaran (kerajang penebantan terma)

  11. Produk besi dan keluli

  12. Aluminium

  13. Konkrit siap campur
keluli 01

Setakat ini sebanyak 185 syarikat yang telah mendapatkan PPS daripada CIDB.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat terperinci berkaitan bahan binaan yang mematuhi standard bahan binaan bolehlah membuat carian di portal CIDB.

21 Jun, 2017

 

iso 01iso 02

iso 03iso 04