cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

Buletin Statistik Pembinaan Suku Tahunan ini diterbitkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan sebagai satu usaha yang berterusan untuk menyiarkan maklumat mengenai sektor pembinaan di Malaysia. Maklumat yang diterbitkan boleh dijadikan rujukan untuk kajian, pembangunan perniagaan, perancangan strategik dan membuat jangkaan terhadap laporan sektor pembinaan.

 

Buletin terbitan suku tahunan ini menawarkan data dan maklumat yang dikemas kini mengenai pendaftaran kontraktor dan kerja-kerja pembinaan yang dicatat oleh CIDB sejak 2012. Nilai projek pembinaan yang dinyatakan di dalam buletin ini adalah dicatatkan setakat tarikh yang dinyatakan dan tidak menunjukkan keadaan semasa. Angka ini, walau bagaimanapun, akan dikemas kini dan dikaji semula di dalam penerbitan seterusnya. Oleh yang demikian, pengguna dinasihatkan untuk mendapatkan terbitan buletin yang terkini.

 

CIDB mengalu-alukan ulasan mengenai data yang disiarkan dan cadangan yang membina untuk menambah baik isu buletin yang akan datang.

 

Sebarang pertanyaan, sila emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

  buletin statistik2012   statistik 2013   cover depan buletin 2014
  cover2015   cover 2016   cover2017

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04