cidbcareline 01 
cidb careline clickv2 01

i. Pengguna boleh mendaftar kursus di E-LEARNING CIDB melalui dengan langkah-langkah seperti berikut:

 

1. Klik ‘Log Masuk’ ke sistem CIMS menggunakan ID INDVIDU pada pautan https://cims.cidb.gov.my

 

2. Klik Menu e-learning. Pengguna boleh melihat senarai kursus e-learning dan pengguna boleh mendaftar mana kursus yang dikehendaki.

 

ii. Bagaimana kaedah pembelajaran kursus melalui E-LEARNING CIDB?

 

1. Pembelajaran melalui e-learning adalah secara atas talian iaitu boleh dicapai/digunakan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja (24 jam, 7 hari) dengan adanya capaian internet sama ada melalui wi-fi, streamyx, broadband dan lain-lain lagi.

 

2. Pembelajaran juga boleh diakses melalui komputer, komputer riba, telefon pintar, dan tablet.

 

iii. Bagaimanakah bentuk bahan pembelajaran kursus melalui E-LEARNING CIDB?

 

1. Cara pembelajaran melalui e-learning adalah dalam bentuk bahan multimedia iaitu mengandungi suara, animasi, gambar, teks dan memerlukan beberapa interaktif daripada pengguna e-learning. Terdapat penilaian kendiri untuk menguji kefahaman pengguna e-learning.

 

iv. Bagaimana hendak mendapatkan Sijil/Slip Keputusan Kursus E-LEARNING CIDB? Pengguna boleh mencetak sendiri Sijil/Slip Keputusan Kursus dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

 

1. Klik pada menu ‘Sijil-sijil’.

 

2. Dipaparkan senarai kursus yang telah tamat. Klik ‘lihat sijil’ pada kursus yang dikehendaki. Pengguna boleh muat turun dan mencetak sijil-sijil tersebut.

 

v. Apakah syarat untuk mendapatkan Sijil/Slip Keputusan Kursus E-LEARNING CIDB Syarat untuk mendapatkan Sijil/Slip Keputusan Kursus adalah mengikut kriteria seperti berikut:

 

1. Peserta hendaklah tamat pembelajaran serta lulus ujian penilaian bagi kursus yang didaftar. Sebagai contoh Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor, ‘Tempoh Pembelajaran’ = 30 hari. Peserta perlu menghabiskan pembelajaran kursus tersebut dan mendaftar sesi peperiksaan dalam tempoh yang diberikan (30 hari) dan wajib mengikuti ujian penilaian di pusat penilaian CIDB. Hanya peserta yang lulus sahaja layak memiliki sijil pencapaian. vi. Bagaimana untuk mendaftar Ujian Penilaian Kursus E-LEARNING CIDB? Peserta perlu mencukupi syarat Minimum Pembelajaran untuk kursus yang diambil. Sila lihat perkara berikut:

 

1. Lihat kemajuan pembelajaran yang dipaparkan pada papan muka e-learning CIDB.

 

2. Sekiranya kemajuan pembelajaran tidak mencapai kemajuan yang ditetapkan, butang ‘pilih peperiksaan’ tidak dipaparkan.

 

3. Peserta hendaklah mencapai kemajuan pembelajaran tersebut supaya butang ‘pilih peperiksaan’ akan dipaparkan.

 

vii. Kenapa tidak boleh mencetak Sijil/Slip Keputusan Kursus E-LEARNING CIDB?

 

Peserta boleh mencetak sijil/Slip Keputusan Kursus tanpa masalah dengan memastikan perkara berikut:

 

1. Pastikan komputer dilengkapi Adobe Reader.

 

2. Pastikan komputer membenarkan Pop-up Blocker.

 

viii. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pengguna terlupa kata laluan?

 

Sekiranya peserta terlupa kata laluan, maka peserta perlu klik hiperangkai 'Lupa Kata Laluan' di bawah petak Log Masuk dan memasukkan ID Pengguna(e-mel) di dalam petak 'Lupa Kata Laluan'. Kata Laluan sementara yang baharu akan dihantar kepada peserta menerusi e-mel. Jika peserta tidak menerima e-mel tersebut, maka peserta boleh menghubungi ebantuan di talian 1-300-88-2432 atau layari lama sesawang ebantuan.cidb.gov.my

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04