cidbcareline 01 
cidb careline clickv2 01

Pengenalan

 

 

Portal E-Learning merupakan satu platform untuk menempatkan semua modul atas talian yang telah dibangunkan oleh pihak CIDB. Ianya mempunyai fungsi papan pemuka, daftar masuk, akaun admin, akaun pengguna, memuat naik dan memuat turun pelbagai fail dan lain-lain. Bentuk pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital.

 

E-Learning membolehkan proses pembelajaran yang dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Melalui E-learning, pengguna dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan.

 

Sistem yang memudahkan pelbagai pihak dimana keputusan dan sijil diperolehi dalam masa yang amat singkat. Sijil yang diberikan adalah dalam bentuk maya dan ini memudahkan pengguna untuk muat turun dan mencetak pada bila-bila masa.

 

Konsep

 

Konsep bagi Sistem E-Learning CIDB ialah pendaftaran, pembayaran dan pembelajaran kursus dibuat secara online melalui www.cims.cidb.gov.my manakala ujian penilaian akan dibuat secara online di Pejabat CIDB Negeri / Cawangan atau di pusat penilaian CIDB.

 

i. Pendaftaran

 

Pengguna yang ingin mendaftar kursus E-Learning perlu mempunyai ID INDIVIDU yang boleh dicipta di halaman utama www.cims.cidb.gov.my . Bagi yang ingin mendaftar Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor dan Kursus Pengurusan Bisnes, pengguna perlu memasukkan No Pendaftaran Kontraktor bagi mendaftar kursus tersebut. Sila rujuk Garis Panduan Sistem E-Learning (Log Masuk) untuk maklumat lebih lanjut.

 

ii. Pembayaran

 

Pembayaran bagi kursus E-Learning adalah melalui online. Pembayaran boleh dibuat menggunakan Kad Kredit atau Perbankan Internet.

 

Makluman penting kepada pengguna: Pembayaran hanya dibuat melalui Sistem E-Learning sahaja. Pembayaran tidak boleh dibuat di mana-mana kaunter CIDB Negeri / Cawangan. Sila ambil perhatian berkenaan perkara ini.

 

iii. Pembelajaran

 

Setelah selesai pembayaran, pengguna akan mendapat akses kepada pembelajaran mengikut kursus yang telah didaftarkan. Cara penggunaan ada dinyatakan dalam Garis Panduan Sistem E-Learning (Pembelajaran). Modul pembelajaran yang mudah dan interaktif serta nota disediakan kepada pengguna dan boleh dimuat turun bagi memudahkan pembelajaran. Pengguna perlu melengkapkan kemajuan pembelajaran (progress learning) 100% dan mendaftar tarikh peperiksaan dalam tempoh yang telah ditetapkan (30 hari). Sekiranya pengguna gagal berbuat demikian, pengguna akan dikira gagal dan perlu membuat pembayaran semula sekiranya ingin berdaftar kursus tersebut. Pengguna dibenarkan membuat perubahan tarikh ujian penilaian satu (1) kali sahaja dan perubahan tersebut hendaklah di buat tiga (3) hari sebelum tarikh ujian penilaian yang telah di daftarkan. Sekiranya gagal hadir pada tarikh yang telah dibuat, pengguna dikira gagal dan perlu mendaftar baru kursus E-Learning.

 

iv. Ujian Penilaian

 

Pada hari ujian penilaian, pengguna dikehendaki hadir awal ke lokasi ujian penilaian diadakan. Pastikan sesi, ujian penilaian dan tempat ujian penilaian adalah betul bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin akan mengakibatkan kegagalan untuk mengikuti ujian penilaian. Pegawai bertugas akan menyemak kehadiran peserta dan taklimat ujian penilaian akan dibuat sebelum ujian penilaian dimulakan. Tempoh masa ujian penilaian adalah berbeza-beza mengikut jenis ujian penilaian. Lain-lain arahan akan dimaklumkan pada hari ujian penilaian dijalankan. Keputusan dan sijil akan diperolehi serta merta sejurus pengguna menghantar ujian penilaian atau masa ujian penilaian telah tamat.

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04