cidbcareline 01 
cidb careline clickv2 01

Kursus-kursus yang terlibat bagi Sistem E-Learning ialah Kursus Integriti dan Kod etika Kontraktor, Kursus Pengurusan Bisnes dan Kursus E-Sicw. Pelbagai kursus akan diwujudkan di dalam sistem ini dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

 

i. Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor

 

Program Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor telah dilancarkan oleh CIDB pada tahun 2008 dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kursus ini diperkenalkan untuk mengiktiraf dan mempertingkatkan kecekapan pengurusan dan etika kontraktor. Melalui kursus ini, kontraktor dapat mempertingkatkan kualiti kerja pembinaan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

 

 

ii. Kursus Pengurusan Bisnes

 

Bagi kursus pengurusan bisnes, bermula pada Oktober 2015 dan selaras dengan Panduan Am Permohonan Baru Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Item C(4) iaitu “personal teknikal yang tidak mempunyai sijil teknikal yang diiktiraf adalah dikehendaki memiliki Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) modul Pengurusan Bisnes sebelum membuat pembaharuan kali pertama”. Jadi ia merupakan satu keperluan bagi kontraktor baru yang ingin membuat pembaharuan pendaftaran kontraktor untuk mengikuti kursus ini

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04