cidbcareline 01 
cidb careline clickv2 01

Peraturan Peperiksaan

 

 

1. Patuhi etika berpakaian. Peserta dilarang merokok.

 

2. Peserta dilarang meniru, memberi tiru, menyamar, tukar tempat duduk dan menyeleweng. Gerak geri peserta yang mencurigakan akan diperhatikan.

 

3. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit, kamera atau sebarang alat rakaman di pusat penilaian. Sila matikan telefon bimbit/telefon mudah alih atau pastikan telefon bimbit dalam keadaan mod senyap.

 

4. Jangan menggangu ketenteraman atau melakukan kekacauan di dalam atau berhampiran pusat penilaian semasa sesi peperiksaan sedang dijalankan.

 

5. Peserta tidak dibenarkan membawa nota rujukan ketika sesi ujian peperiksaan sedang dijalankan.

 

6. Peserta dinasihatkan untuk menggunakan komputer dengan cermat.

 

7. Sekiranya komputer didapati tidak berfungsi, peserta dinasihatkan untuk maklumkan kepada pegawai bertugas.

 

8. Sekiranya masalah berkaitan komputer/network/device tidak dapat diselesaikan, pegawai bertugas akan memaklumkan kepada peserta untuk mendaftar sesi peperiksaan yang baru. Peserta dikehendaki untuk mendaftar sesi peperiksaan yang baru dalam masa 7 hari (tiada caj dikenakan). Sekiranya peserta gagal berbuat demikian, peserta akan dikira gagal.

 

9. Peserta diwajibkan untuk menjawab semua soalan dalam masa yang diperuntukkan. Untuk makluman, sistem secara automatik akan menghantar jawapan ujian penilaian sekiranya tempoh peperiksaan telah tamat. Peserta akan memperolehi keputusan secara langsung. Keputusan peperiksaan adalah muktamad.

 

10. Pegawai bertugas berhak untuk melarang individu daripada meneruskan sesi peperiksaan yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan.

 

Senario Semasa Peperiksaan

 

1. Sekiranya peserta mendapati komputer/network/device tidak berfungsi, sila laporkan kepada pegawai bertugas dengan kadar segera.

 

2. Sekiranya peserta mendapati sebarang masalah berkaitan komputer/network/device, pegawai bertugas akan memaklumkan kepada peserta untuk menggunakan komputer/device/network yang lain bagi meneruskan sesi peperiksaan yang tergendala.

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04