cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

Program Pendaftaran Pengeluar dan Produk IBS

Program Pengeluar & Produk IBS merupakan skim yang menaksir dan memperaku pengeluar, pengedar, pembekal dan ejen produk IBS, berpandukan suatu set keperluan pengesahan.

Matlamat utama adalah untuk menghasilkan senarai pengeluar IBS yang diperakui untuk rujukan industri pembinaan negara ini. Terdapat dua skop perakuan yang dinyatakan berikut:

  • Status Pengeluar IBS
  • Status Pengedar / Pembekal / Ejen IBS

Kedua-dua kategori ini dikelaskan selanjutnya kepada enam kumpuulan khusus, iaitu:

  • Sistem Konkrit Pratuang
  • Sistem Kerangka Logam
  • Sistem Acuan
  • Sistem Kerangka Balak
  • Sistem Blockwork
  • Lain-lain Sistem IBS (merujuk kepada komponen menjimat tenaga buruh)

Pengeluar bertauliah ini layak mendapat manfaat berikut:

  • Tersenarai dalam "Certified IBS Manufacturer List". Senarai ini memudah organisasi kerajaan dan swasta memilih produk dan firma yang diperakui kualiti.
  • Penglibatan dalam aktiviti promosi kendalian CIDB Malaysia menerusi penyenaraian di portal web IBS, IBS Digest, dan direktori Orange Book.

Program Latihan Kontraktor IBS

Programme Latihan Kontraktor IBS melatih kontraktor dalam lima jenis modul pengkhususan.

  • B01: IBS : Konkrit Pratuang
  • B02: Sistem Kerangka Keluli
  • B19: Sistem Acuan
  • B22: Sistem Blok
  • B23: Sistem Kerangka Balak

Program Latihan Pemasang IBS

Program ini diperkenalkan untuk mentauliah pekerja mahir pemasang komponen IBS. Terbuka kepada mereka yang bekerja di Malaysia, dan yang berhasrat memfokus kepada lapangan pekerjaan khusus. Juga laluan peroleh kecekapan yang diperlukan.

Program ini berasas amalan standard National Occupational Skill Standard (NOSS) dan dibangunkan untuk lima jenis kemahiran dan aras kemahiran.

  • IBS – Konkrit Pratuang
  • Aras 1: Pemasang Konkrit Pratuang (Bangunan)
  • Aras 2: Pemasang Konkrit Pratuang (Bangunan)
  • Aras 3: Pemasang Konkrit Pratuang (Bangunan)
  • IBS – Panel Ringan
  • Aras 1: Pemasang Panel Ringan
  • Aras 2: Pemasang Panel Ringan
  • Aras 3: Penyelia Panel Ringan
  • IBS - Lightweight Blockwall
  • Aras 1: Pemasang Blok Dinding Ringan
  • Aras 2: Pemasang Blok Dinding Ringan
  • Aras 3: Penyelia Blok Dinding Ringan
  • Sistem Acuan IBS
  • Aras 1: Pemasang Sistem Acuan
  • Aras 2: Fomen Sistem Acuan
  • Aras 3: Penyelia Sistem Acuan
  • Kekuda Bumbung IBS
  • Aras 1: Pemasang Kekuda Bumbung (Balak)
  • Aras 2: Pemasang Kekuda Bumbung (Balak)
  • Aras 1: Pemasang Kekuda Bumbung (Keluli Tolok Ringan)
  • Aras 2: Pemasang Kekuda Bumbung (Keluli Tolok Ringan)
  • Aras 3: Penyelia Kekuda Bumbung (Keluli Tolok Ringan)

Para peserta yang menyempurnakan kursus akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dan 25 mata CCD.

 

Program Latihan IBS Professional

Program Latihan ini khusus untuk individu pihak profesional IBS, yang menyasarkan arkitek, jurutera awam, jurukur bahan, jurutera mekanikal dan elektrikal yang terlibat dalam projek binaan.

Objektif program adalah untuk memudahkan pelaksana projek kerajaan dan swasta memulakan projek IBS.

Isi modul dan kriteria setiap program telah dirumuskan dengan kerjasama pelbagai badan profesional dan kerajaan yang mewakili Kementerian Kerja Raya, Lembaga Arkitek Malaysia, Lembaga Jurukur Bahan Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Institut Jurukur Malaysia (ISM), Institut Jurutera Malaysia (IEM), dan The Association of Consulting Engineers Malaysia (ACEM).

 

Senarai kursus yang perlu disempurnakan:

  • MO 01: Pengenalan Kepada Sistem Binaan Berindustri (IBS) untuk Bangunan
  • MO 02: Sistem Koordinasi Modular
  • MO 03: Manual for IBS Content Scoring System (IBS Score)
  • MO 04: Konsep Reka Bentuk Sistem Konkrit Pra-tuang
  • MO 05: Pengurusan Projek

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04