cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

Standard dan R&D

Sebagai usaha melonjak industri pembinaan domestik supaya menghasil produk yang lebih baik, yang bertaraf dunia, produktif dan mampan, maka CIDB memberi tumpuan kepada penetapan standard dan R&D.

 

Standard

CIDB telah menghasilkan Construction Industry Standards (CIS) sebagai langkah menyelaras metodologi pembinaan dan untuk memastikan kebolehukuran yang memanfaati industri. CIDB, dengan bantuan daripada Jawatankuasa-jawatakuasa Teknikal yang mewakili kedua-dua sektor awam dan swasta, telahpun menerbitkan lebih 20 CIS.

 

Kesemua standard tersebut merangkumi pelbagai bidang pembinaan seperti perumahan kos pertengahan nasional, kualiti, keselamatan dan kesihatan, IBS, rawatan untuk kekuda bumbung balak dan banyak lagi.

 

CIS yang pertama telah diterbitkan pada 1998. Beberapa CIS telah melalui semakan semula supaya menjadi lebih relevan mengikut suasana pembinaan semasa.

 

Klik sini bagi melihat CIS yang telah diwujudkan untuk semua pemegang amanah harta.

 

R&D

R&D dalam pembinaan sangat mustahak bagi memaju bidang pembinaan supaya menghasil persekitaran binaan yang lebih sihat, selamat dan berkualit. Memahami betapa pentingnya R&D kepada industri, maka CIDB telah membuat pelaburan yang agak besar dalam R&D yang memberi manfaat serentak dan sekaligus kepada penggiat industri dan juga pengguna.

 

R&D mengenal pasti penyelesaian:

  • Membina banyak bangunan dengan berkesan sambil mengurang kos
  • Mempertingkat daya saing
  • Memperbaiki kualiti, keselamatan dan kesihatan
  • Menaikkan kualiti kehidupan

Demi memastikan setiap R&D dilaksana secara terfokus, maka CIDB telah menubuhkan Construction Research Institute of Malaysia, atau CREAM. Kakitangan CIDB dan CREAM berganding bahu berusaha menjalindan merapatkan hubungan antara akademia dan industri, serta mencari penyelesaian mengatasi sebarang masalahrelevan berkaitan pembinaan.

 

Untuk maklumat lanjut:

 

Tel :03-9281 0800

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04