cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

"Kemampanan" sering dibincang dan ditafsir secara berbeza oleh pelbagai pihak. Dalam hal industri pembinaan Malaysia, pihak terbabit mendekati perkara ini secara serius dan dibuktikan dengan lebih banyak bangunan dan projek pembinaan yang ditarafkan hijau.  

 

Konsep kemampanan dalam industri pembinaan tertumpu kepada pemuliharaan alam sekitar, sementara isu kritikal berkaitan pembangunan diterap terus pada perancangan dan reka bentuk dalam projek pembinaan.  

 

CIDB mengambil inisiatif mencipta peralatan untuk membantu penggiat industri menerap elemen  kemampanan dengan cara yang lebih sepadu dan lancar.  

 

Penubuhan Pusat Kecemerlangan Pembinaan Mampan (MAMPAN) digembleng untuk memacu pembinaan mampan di negara ini menerusi inisiatif yang inovatif.  

 

Serentak dengan itu, MyCREST digerakkan sebagai alat untuk memandu penggiat industri dan para pemegang amanah harta menjalani usaha dalam pelbagai aspek, dari tahap awal hingga akhir.  

 

Satu lagi alat sokongan yang dijangka siap digunakan akhir 2018 ialah Infrastructure Rating Tool.

  

For more information:

Tel: 03-4047 8029

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04