Pembangunan Kecekapan (Latihan)

Latihan Pembangunan Kecekapan CIDB adalah meliputi pelbagai aspek yang luas bersangkutan dengan program kemajuan kemahiran pembinaan.

Pekerja kontraktor dan kakitangan pembinaan digalakkan untuk berterusan mempertingkat dan mengemaskini pengetahuan dalam pembinaan kerana industri ini juga sentiasa berkembang maju dengan derasnya, terutama setelah mengguna pakai dan mengguna terima teknologi dan inovasi.

Program latihan yang ditawarkan ini bakal memboleh kontraktor dan kakitangan pembinaan mengekal dan membaiki tahap kompetetif dan daya keboleh pasaran pekerjaan masing-masing.

Terdapat empat bidang utama, yang dibahagikan lagi kepada sub-bidang.

  1. Pembangunan Kecekapan Kakitangan Pembinaan
  • Kemahiran untuk Belia dan Kakitangan Pembinaan
  1. Program Latihan Kecekapan Kemahiran
  2. Pentaksiran Kecekapan
  • Penyeliaan
  1. Latihan/Pentaksiran Penyelia Tapak
  2. Fomen
  3. Penyelia Keselamatan Tapak (SSS)
  • Pengurusan
  1. Latihan CSHO
  2. Pengurusan Trafik
  3. Pengurus Projek Pembinaan
  4. Pengurus Pembinaan Pembetungan (SCM)
  5. Pengurusan QA & QC
  1. Pembangunan Kecekapan Kakitangan Pembinaan
  • Program Latihan Kontraktor
  • Kursus Integriti dan Kod Perilaku Kontraktor
  • Kursus Pengurusan Kemudahan
  • Kursus (Kemahiran&Pengkhususan)
  • Kursus Pengurusan Perniagaan
  • Latihan Kemahiran Khusus Kontraktor Bumiputera
  • Pembangunan KontraktorBerterusan (CCD)
  1. Program Perantis
  • Kemahiran
  • Penyeliaan
  • Pengurusan
  1. Program Keusahawanan
  • Kakitangan Pembinaan
  • Kontraktor

Semua peserta harus patuh kepada panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Kakitangan Pembinaan:

Semua program dijalankan di Akademi Binaan Malaysia (ABM), iaitu cabang latihan CIDB.

 

Untuk maklumat lanjut:

Tel: 03-4047 7000

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pautan:

Bagi semua program kemahiran

www.akademibinaan.com.my

iso 01iso 02

iso 03iso 04