cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

QLASSIC merupakan sistem atau kaedah untuk mengukur dan menilai kualiti kemahiran kerja berdasarkan Construction Industry Standard (CIS 7:2014). QLASSIC memboleh kualiti kemahiran kerja antara projek pembinaan dapat dibandingkan secara objektif menerusi satu sistem penskoran.

 

Objektif QLASSIC

  • Menanda aras kualiti kemahiran kerja industri pembinaan.
  • Menentukan satu sistem penilaian terhadap kualiti kemahiran kerja pembinaan
  • Mentaksir dan menilai kemahiran kerja sesebuah projek pembinaan berdasarkan standard relevan yang diperakui
  • Untuk diguna sebagai kriteria pentaksiran prestasi kontraktor berdasarkan kualiti kemahiran kerja
  • Untuk  menyusun dan menghimpun data bagi analisa statistik

Skop QLASSIC

QLASSIC menetapkan standard pada kualiti kemahiran kerja bagi pelbagai elemen pembinaan untuk kerja pembinaan bangunan. Markah diberikan apabila kemahiran kerja berkenaan mematuhi standard yang digariskan, iaitu mengguna Construction Industry Standard (CIS 7:2006). Markah tersebut kemudian dijumlahkan untuk mengira Skor QLASSIC (%) terhadap satu-satu projek pembinaan bangunan.

 

Penilaian QLASSIC dilaksana menerusi pemeriksaan tapak serta mengguna prinsip pemeriksaan kali pertama. Kerja-kerja pembinaan yang diperbaiki selepas penilaian dibuat tidak akan dinilai semula. Objektif prinsip ini ialah untuk menggalakkan kontraktor "Do Things Right the First Time and Every Time".

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04