Kualiti adalah antara parameter paling penting dalam industri pembinaan selain daripada masa dan kos. Namun kualiti bersifat subjektif, dan sukar untuk dihitung.

 

Pada tahun 2005, CIDB dengan kumpulan kerja yang terdiri daripada pemegang amanah harta awam dan swasta telah sepakat menggariskan standard industri pembinaan atau CIS (Construction Industry Standard) berasaskan keperluan kualiti untuk industri berkenaan.

 

Hasilnya terciptalah apa yang dipanggil sebagai Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan atau QLASSIC (Quality Assessment System for Building Construction Works) (CIS 7:2014).

 

Pasukan Kualiti memberi tumpuan kepada:

  • Penilaian
  • Latihan - penilai
  • Seminar - kesedaran terhadap QLASSIC
  • Pentauliahan penilai
  • Pendidikan - pemain industri dan orang awam

Penggiat industri digalakkan menerima pakai QLASSIC untuk menentukan kualiti dalam projek masing-masing.

 

Untuk maklumat lanjut:

 

Tel : 03-40478018/8021

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

·         Penilaian

iso 01iso 02

iso 03iso 04