cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

Pada asasnya, penilaian SHASSIC terbahagi kepada tiga (3) komponen yang berbeza, iaitu semakan dokumen, pemeriksaan tapak kerja dan temubual pekerja.

 

Semakan dokumen

Semakan dokumen dan rekod berkaitan OSH akan membolehkan penilai mengenal pasti tahap pematuhan dan kewujudan program dan aktiviti keselamatan dan kesihatan. Terdapat 63 soal selidik yang dikenal pasti untuk memenuhi komponen semakan ini, dan kesemuanya memang tersenarai untuk pengamatan.

 

Pemeriksaan tapak / kawasan kerja

Terdapat 62 item yang dikenal pasti untuk pemeriksaan bagi komponen ini. Pemeriksaan tapak kerja seharusnya dijalankan di lima (5) kawasan berisiko tinggi di tapak kerja. Penilai SHASSIC itu sendiri yang akan mengenal pasti kawasan terbabit. Penilai boleh berbincang terlebih dahulu dengan kontraktor utama sebelum membuat pilihan kawasan berisiko tinggi berkenaan, dan sebelum melaksanakan penilaian.

 

Penilaian ini akan menyediakan bukti perbandingan visual yang berharga terhadap program OSH yang dilaksanakan, dikuatkuasakan dan diamalkan di tapak pembinaan.

 

Temubual Pekerja

Para pekerja dari segenap peringkat dan pekerjaan dipilih secara rawak, supaya ditemubual oleh penilai dengan berpandukan kepada soal selidik standard yang telah ditetapkan. Terdapat 48 soalan bagi komponen ini.

 

Para pekerja bagi komponen ini dibahagikan kepada tiga (3) kategori. Bilangan pekerja bagi setiap kategori untuk ditemubual adalah seperti berikut:

  • Kategori ‘A' - seorang (1) kakitangan daripada personel pengurusan;
  • Kategori ‘B' - tiga (3) orang pekerja daripada personel keselamatan dan kesihatan atau ahli jawatankuasa OSH dan/atau gabungan kedua-duanya; dan
  • Kategori ‘C' - sepuluh (10) orang pekerja daripada pelbagai bidang kemahiran kerja

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04