cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

Penggunaan SHASSIC bertujuan melengkapi keperluan biasa dan spesifikasi kontrak sesebuah projek. Ia bukan bermaksud digunakan secara bebas untuk memenuhi keperluan dan spesifikasi kerja.

 

Hanya apabila dinyatakan secara khusus dalam kontrak projek, seseorang yang ditugaskan khas ehwal keselamatan dan kesihatan, tidak harus menggunakan SHASSIC untuk memutuskan sama ada tapak projek atau bahagian tertentu tapak projek itu tidak menepati keperluan Akta dan Peraturan atau Sistem Pengurusan OSH.

 

Tanggung jawab tersebut masih dipikul oleh kontraktor yang mesti menentukan ehwal keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan menepati keperluan perundangan, standard yang diluluskan, kod amalan, garis panduan, spesifikasi dan keperluan kontrak.

 

Sebaik-baiknya, penilaian itu dilaksana apabila terdapat aktiviti berbeza di tapak pembinaan, yang dilakukan serentak (aktiviti serentak) dan ketika ramai pekerja daripada bidang kemahiran sedang menjalankan kerja masing-masing di situ.

 

Adalah disarankan supaya penilaian SHASSIC dijalankan apabila kemajuan kerja fizikal aktual telah mencapai aras kesiapan 25 % hingga 75 %.

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04