cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

CIDB memberi tumpuan besar kepada keselamatan dan kesihatan dalam pembinaan kerana, di peringkat global, ia merupakan industri berhazad tinggi. Menjaga kebajikan pekerja di luar dan di kawasan tapak binaan bukan sahaja langkah kemanusiaan bahkan satu langkah yang menguntungkan perniagaan.


Keselamatan dan kesihatan memerlu komitmen dan ketekunan yang berterusan. CIDB percaya bahawa keselamatan dan kesihatan bermula dari pihak atasan – CEO, lembaga pengarah dan pengarah urusan.


Apabila pihak pengurusan atasan beranggapan kemalangan maut itu sesuatu petaka yang sangat besar, maka usaha dan inisiatif sewajarnya akan dilaksana untuk mengatasinya sekaligus memberi teladan baik kepada pihak bawahan.


Daripada R&D kepada standard dan garis panduan, pelbagai inisiatif dibangun untuk memupuk persekitaran yang selamat dan sihat secara berterusan dan dengan tumpuan sepenuhnya.


SHASSIC

Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan (Safety and Health Assessment System in Construction) atau SHASSIC adalah kaedah bebas bagi mentaksir dan menilai prestasi keselamatan dan kesihatan kontraktor yang terbabit dalam kerja/projek pembinaan.


SHASSIC memberi tumpuan kepada tiga komponen – semak dokumen, pemeriksaan tapak kerja dan temubual pekerja.


R&D

Sejumlah inisiatif berkaitan telah dilaksanakan, seperti berikut.

  • Model Kemudahan Pekerja (Workers’ Accommodation Models) diguna untuk melihat standard dan operasi bersesuaian bagi pembinaan kediaman pekerja
  • Menyerap BIM dalam pengurusan keselamatan
  • Kaji impak pelaksanaan SHASSIC
  • 10 projek perintis berkaitan Perkakas Budaya Keselamatan (Safety Culture Tools)
  • Cipta suatu sistem untuk memantau kadar maut dan kemalangan

Untuk maklumat lanjut:

Tel: 03-4047 8012/8024

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04