cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

CNAR merupakan inisiatif untuk melaksana amalan terbaik dan mentransform bidang pengubahsuaian di seluruh negara ini.

CNAR bermatlamat memberi sumbangan kepada kemajuan tahap profesionalisme bidang kerja pengubahsuaian, memelihara dan memantapkan kepentingan pelbagai pihak seperti pemilik rumah, kontraktor, pihak berkuasa tempatan dan pegawai penguatkuasa undang-undang.

Terdapat lima inisiatif:

  • Membentuk pengkhususan baharu pendaftaran kontraktor CIDB, dipanggil Pengkhususan Kategori B28 untuk pengendali kerja pengubahsuaian
  • Menetapkan perlantikan kontraktor berdaftar dengan CIDB dan telah peroleh permit bidang pengubahsuaian yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan
  • Menerbit terma standard kontrak pembinaan untuk kerja pengubahsuaian dan projek kecil
  • Menerbit garis panduan pengubahsuaian kediaman
  • Menerbit direktori kontraktor pengubahsuai Bumiputera 2014/2015

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04