1. Semua bahan/produk binaan yang tersenarai didalam Jadual 4, Akta CIDB (pindaan 2011), diwajibkan memperolehi Perakuan Pematuhan Standard (PPS) daripada CIDB.

  2. Keutamaan penguatkuasaan pematuhan standard adalah pematuhan kepada Standard Malaysia (MS).

  3. Keutamaan dalam menentukan sesuatu produk untuk disenaraikan dalam Jadual 4, Akta CIDB (pindaan 2011) ialah bahan/produk yang boleh memberi kesan kepada keutuhan struktur atau fungsi sesuatu kerja pembinaan dimana ianya boleh mengancam keselamatan awam dan bahan/produk yang boleh mendatangkan impek yang negatif kepada alam sekitar.

  4. Semua bahan/produk binaan import yang tersenarai dalam Jadual 4, Akta KASTAM diwajibkan memperolehi COA. Bahan/produk binaan yang dimaksudkan ialah bahan/produk binaan yang:

    •   dikilangkan di Negara asal dan dibawa masuk untuk kegunaan didalam Negara.
    •   dikilangkan oleh pengilang tempatan kemudian dieksport dan diimport kembali ke dalam Negara
    •   diimport bahan untuk dikilangkan oleh pengilang tempatan dan produk yang dihasilkan dieksport ke luar Negara

  5. Dokumen teknikal utama yang diperlukan untuk pertimbangan pengeluaran PPS atau COA ia lah PC atau FTTR yang dikeluarkan oleh mana-mana badan yang diakreditkan oleh mana-mana badan akreditasi yang diiktiraf.

  6. Pengimport tidak dibenarkan mengambil sampel untuk ujian dipelabuhan melainkan atas sesuatu perkara yang tidak dapat dielakan dengan kebenaran dari CIDB dari masa ke semasa. Walaubagaimana pun sampel di benarkan di ‘bonded ware house’ atau ‘licence warehouse’. 

iso 01iso 02

iso 03iso 04