cidb careline v1 01 
cidb careline clickv2 01

Peraturan AM Penyertaan

PROSEDUR PENGHANTARAN PENYERTAAN / PENCALONAN

Sila baca peraturan berikut sebelum menyedia dan menghantar penyertaan anda. Kegagalan untuk mematuhi peraturan mungkin boleh membatalkan penyertaan anda.

 

1.Semua peserta Anugerah MCIEA 2018 dikehendaki menghantar permohonan menggunakan borang penyertaan yang betul. Borang penyertaan bagi kategori yang ingin disertai dilampirkan dalam risalah ini atau ia boleh dimuat turun daripada http://www.cidb.gov.my/index.php/en/events/mciea

 

2.Peserta boleh membuat penyertaan lebih dari satu kategori

3.Borang penyertaan hendaklah dilengkapi, ditandatangani oleh pemohon dan mempunyai tarikh. Kegagalan berbuat demikian secara automatik penyertaan adalah dianggap tidak layak.

4.Semua maklumat yang diminta dalam borang hendaklah dilengkapkan bersama dokumen sokongan yang diperlukan dan dilampirkan bersama-sama dengan borang penyertaan termasuk penulisan atas sebab-sebab kenapa penyertaan anda patut menerima Anugerah tersebut. Kegagalan untuk memajukan dokumen-dokumen ini boleh menyebabkan penyertaan anda terbatal. 

5.Peserta/calon mungkin dikehendaki mengemukakan dokumen atau bahan tambahan yang diperlukan untuk penilaian lanjut. Penyertaan yang disenarai pendek mungkin dikehendaki membuat pembentangan secara formal kepada Panel Penilai. 

6.Panel Penilai hendaklah diberikan akses yang sewajarnya untuk memeriksa projek atau organisasi berkenaan jika perlu. Panel Penilai bagi Kategori Binaan Hijau dan Kategori Keselamatan dan Kesihatan akan melawat tapak lebih daripada sekali. 

7.CIDB mempunyai hak mutlak dalam menentukan penerimaan atau pembatalan sebarang penyertaan.

8.Gambar yang dikemukakan hendaklah di dalam salinan secara digital berformatkan JPEG dengan ketajaman resolusi minima 300 dpi. Bahan dan gambar yang dihantar ke CIDB tidak akan dipulangkan semula. 

9.Tiada bayaran balik akan dibuat bagi sebarang perbelanjaan berkaitan penyertaan.

KOD QR

iso 01iso 02

iso 03iso 04